![]() |
Coklat Susu Dengan Kacang Hazel Cadbury dan Dairy Milk dikesan mengandungi DNA KHINZIR (PORCINE). |
JMM rasa terpanggil untuk mengembalikan maruah umat Islam negara ini yang bertahun-tahun ditipu dan diperdayakan oleh syarikat Cadbury ini.
JMM akan mengumpulkan semua umat Islam di negara ini untuk menyaman syarikat Cadbury ini dan menuntut ganti rugi kepada umat Islam di seluruh negara.
JMM akan menyediakan peguam dan juga mengumpulkan data bagi pengumpulan maklumat tentang perkara ini secepat yang mungkin.
Pihak JMM akan membuka talian kepada semua umat Islam bagi menangani penghinaan ini bermula pada hari Isnin 26hb Mei 2014 di nombor 03-4288 3365 . Kita sebagai umat Islam yang dihina harus bangkit dan terus melawan dakyah jahat dari luar yang meruntuhkan Islam secara perlahan dan secara halus,Juga boleh email terus kepada kami di jaringanmelayumsia@gmail.com
SOKONGAN ANDA KAMI PERLUKAN UNTUK PERKARA INI,,KITA BISA LAKUKAN DENGAN SEJUTA TANGAN YANG MENDATANG
MasyaAllah...Umat Islam dianiayai lagi dengan kehadiran2 makanan bercoklat sebegini rupa. Apakah Umat Islam akan berdiam diri? Apakah Umat Islam masih akan membeli lagi setelah kebenaran dikeluarkan? Apakah Umat Islam akan menjauhkan diri dari rasa sebenar coklat itu?? Pulanglah ke pangkal Jalan Wahai Umat Islam. Bertindaklah sebelum ianya menular ke darah daging Umat Islam... Ameen..
ReplyDelete