 |
Tan Sri Muhyiddin Yassin |
KUALA LUMPUR 20 Jun –
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa supaya bekas Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu
yang mendakwa beliau terlibat dengan skandal hubungan sulit.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, Muhyiddin yang juga
Ahli Parlimen Pagoh itu perlu berbuat demikian demi membersihkan nama, imej dan
kredibiliti beliau.
“Kita minta Tan Sri Muhyiddin mengambil tindakan mahkamah
terhadap penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dan Nika Gee Siew Yee untuk
membersihkan nama baik beliau.
Setakat penafian sahaja tidak cukup sebab ini satu perkara
yang amat berat dan serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 |
Azwanddin Hamzah |
Tegas Azwanddin, sebelum ini, Muhyiddin begitu lantang mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang
apabila Wall Street Journal (WSJ) melempar fitnah berhubung 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
“Ada peruntukan dalam undang-undang negara untuk Tan Sri
Muhyiddin saman mereka berdua dan bukan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan
namun tidak mengambil tindakan.”
Tak payah nk perli muhyiddin la.
ReplyDelete