Ipoh 20 Jun – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
menggesa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk
mengambil tindakan saman ke atas pihak yang didakwa melemparkan fitnah ke
atasnya baru-baru ini.
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, Muhyiddin sepatutnya
mengambil tindakan segera dengan memfailkan saman fitnah dan bukan sekada
menafikan perkara itu.
“Sebelum ini beliau (Muhyiddin) dilihat cukup lantang dalam
membawa pelbagai isu. Namun, kali ini
kita dan pertubuhanbukan kerajaan (NGO) lain melihat beliau hanya membuat
penjelasan di media sahaja.
“Jika tindakan saman tidak diambil, ia seolah-olah dilihat
seperti beliau melakukan kesalahan itu,” katanya ketika ditemui selepas
menghadiri Program Edaran Bubur Lambuk Perdana 2016 di Pusat Transformasi Luar
bandar (RTC) Perak di sini, semalam.
Beliau berkata, sebelum ini Muhyiddin belum pernah dikaitkan
sebarang skandal seperti didakwa pihak tertentu.
“Sehubungan itu, kita menggesa supaya beliau segera
mengambil tindakan saman ke atas pihak berkenaan bagi membuktikan bahawa beliau
tidak bersalah,” katanya.
JMM, janganlah buka aib orang, carilah perkara lain kalau ye pun nak cari salah TSMY..Satu masa ALLAH akan buka aib kamu.Kalau betul sekalipun, Nabi saw pesan supaya tutup aib orang lain..TSMY lantang tentang isu negara, kalau katalah beliau salah sekalipun, itu adalah pandangan beliau, hal berkaitan negara tidak termasuk dalam isu membuka keaiban..selamat hari raya, maaf zahir dan batin
ReplyDelete