Wednesday 22 June 2016

GESA MUHYIDDIN AMBIL TINDAKAN -SINAR HARIA EDISI PERAK

Ipoh 20 Jun – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak yang didakwa melemparkan fitnah ke atasnya baru-baru ini.
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, Muhyiddin sepatutnya mengambil tindakan segera dengan memfailkan saman fitnah dan bukan sekada menafikan perkara itu.
“Sebelum ini beliau (Muhyiddin) dilihat cukup lantang dalam membawa pelbagai isu.  Namun, kali ini kita dan pertubuhanbukan kerajaan (NGO) lain melihat beliau hanya membuat penjelasan di media sahaja.



“Jika tindakan saman tidak diambil, ia seolah-olah dilihat seperti beliau melakukan kesalahan itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Edaran Bubur Lambuk Perdana 2016 di Pusat Transformasi Luar bandar (RTC) Perak di sini, semalam.
Beliau berkata, sebelum ini Muhyiddin belum pernah dikaitkan sebarang skandal seperti didakwa pihak tertentu.
“Sehubungan itu, kita menggesa supaya beliau segera mengambil tindakan saman ke atas pihak berkenaan bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah,” katanya.

1 comment:

  1. JMM, janganlah buka aib orang, carilah perkara lain kalau ye pun nak cari salah TSMY..Satu masa ALLAH akan buka aib kamu.Kalau betul sekalipun, Nabi saw pesan supaya tutup aib orang lain..TSMY lantang tentang isu negara, kalau katalah beliau salah sekalipun, itu adalah pandangan beliau, hal berkaitan negara tidak termasuk dalam isu membuka keaiban..selamat hari raya, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete