Sehubungan itu Presiden JMM, Azwanddin Hamzah menggesa polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemantauan lebih serius bukannya bermusim atau apabila menerima laporan sahaja.
Lebih teruk lagi dedahnya, premis-premis judi juga telah menjadi sarang untuk kegiatan ponteng puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Katanya, sambil bermain mesin judi slot, ‘kaki-kaki judi’ diberikan makanan serta minuman secara percuma.
Azwanddin Hamzah |
“Contohnya di Perak, jika dulu ada satu premis judi di satu-satu kawasan, kini sudah ada empat di kawasan serupa. Sebab itu kami gesa pihak berkuasa termasuk polis, PBT dan jabatan agama Islam supaya melakukan pemantauan secara berkala, bukannya bermusim untuk menangani masalah ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengenai serangan sekumpulan anak muda terhadap beberapa pusat judi yang menjadi viral di laman sosial Facebook, Azwanddin mengingatkan pihak berkuasa sekiranya tiada tindakan segera diambil terhadap premis judi, lebih banyak kejadian seumpamanya boleh berulang.
Beliau yang juga bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, kejadian tersebut sebenarnya membahayakan kerana penduduk setempat berani mengambil tindakan sendiri terhadap premis judi.
“Telah wujud gerakan mahu menutup premis judi ini secara bersendirian, tanpa menerusi pihak berkuasa. Ini sekali gus telah merosakkan imej pihak berkuasa, khususnya polis dan juga PBT,” jelas beliau.
Dalam pada itu, menurut Azwanddin, pihaknya menerusi Jawatankuasa Bertindak Memerangi Mesin Judi Slot akan mendedahkan statistik terkini bilangan premis judi di seluruh negara dalam masa terdekat.
“Kita terima banyak maklumat menerusi jawatankuasa bertindak ini dan apa yang saya boleh katakan ialah jumlah premis judi semakin bertambah berbanding sebelum ini.
“Semua negeri menunjukkan peningkatan terutamanya Perak, Negeri Sembilan dan Johor,” ujar beliau.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteALLAH..sedih nya penerangan ni semua . bukan KL lagi terbaik pusat mesin judi . sudah2 lah semua ni . komen yang lama pun kene delete .
ReplyDeletedepan balai kawasan KL pun xboleh nak buat apa...berpuluh-puluh tahun dah ada . sembang semua nak membohong jer . ingat ikhlas dan jujur kerana ALLAH rupanya ada sandiwara jer . bernaung dibawah NGO dapatkan pangkat dan nama . sedih sungguh rasanya . melayuuuuu.....nak menipu jer keje.