Wednesday 28 September 2016

TERBARU : Layari Laman Web Rasmi Jaringan Melayu Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian! 
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia akan menggunakan lawan web rasminya mulai 1 Ogos 2016. Segala maklumat,aduan dan juga pertanyaan boleh dibuat di laman web rasmi JMM. 
Untuk keterangan lanjut;
Sila layari Laman Web Rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di


*Tekan butang diatas untuk layari laman sesawang JMM.

Jujur & Amanah, Satu Perjuangan.

Sekian, terima kasih.


www.jmm.com.my

Friday 19 August 2016

JMM mahu turut berdebat dengan Muhyiddin – Azwanddin

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu turut sama menyertai sesi perdebatan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Nothing To Hide 3.0.
Azwanddin Hamzah
Presidennya, Azwanddin Ham­zah meminta Muhyiddin menyatakan tarikh, tempat dan masa program itu dianjurkan bagi membolehkan JMM turut sama menyertainya.
Katanya, program ini merupakan platform terbaik untuk Muhyiddin memberi pencerahan tentang Akuan Bersumpah (SD) melibatkan perceraian antara Stanley Clement Agustin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee.
“Lebih penting SD tersebut ada menyebut nama Muhyiddin sendiri dan pihak JMM telah beberapa kali bertemu beliau di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan telah menjemput beliau dalam program penjelasan yang dijalankan oleh JMM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sekitar Jun lalu, penulis blog, Raja Petra Kamaruddin me­nyiarkan dokumen SD seorang lelaki mendakwa wujud hubu­ngan sulit antara isterinya de­ngan Muhyiddin.
Kata lelaki dalam SD yang dikenali sebagai Stanley itu, isterinya Nika mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.
Dokumen berke­naan yang disiarkan Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Tambah Azwanddin, JMM juga ingin mengetahui apakah langkah atau tindakan seterus­nya yang akan dilakukan Muh­yiddin tentang isi kandungan SD yang dibuat oleh Stanley ini kerana perkara ini amat pen­ting untuk membersih namanya sendiri.
Azwanddin turut memper­soal­kan tindakan Muhyiddin yang masih lagi berdiam diri dan tidak mempertahankan maruah dirinya berhubung isu terbabit.
“JMM ingin bertanya me­ngapakah Muhyiddin tidak men­failkan saman terhadap Stanley jika terdapat unsur fitnah terhadap beliau dalam kandungan SD yang dibuat oleh Stanley.
“Mungkinkah juga Stanley pula akan dipujuk oleh pihak Muhyiddin melalui orang ketiga untuk Stanley menarik balik kesemua SD yang telah dibuat berkaitan isu perceraian ini,” soal beliau.
Jelas Azwanddin, apabila perkara ini telah diketahui umum, masyarakat juga ingin tahu apakah Muhyiddin masih lagi menghubungi Nika dengan secara langsung ataupun melalui pihak ketiga di dalam perkara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jmm-mahu-turut-berdebat-dengan-muhyiddin-8211-azwanddin-1.372240#sthash.LCfozeri.dpuf

Polis nafi tahan Presiden JMM

SEREMBAN 13 Ogos – Polis menafikan Presiden Jaringan Me­layu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah ditahan ekoran penglibatannya dalam menganjurkan program anti judi, Nothing To Hide Negeri Sembilan 1.0, hari ini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya memanggil Azwandin bagi memberi keterangan dan bukan mahu menahannya seperti khabar angin yang di­sebarkan melalui WhatsApp.
“Polis hanya ingin merakam percakapannya. Kita kesal kerana terdapat maklumat disebarkan di media sosial kononnya Azwandin ditahan pihak polis,” katanya di sini.
AZWANDDIN HAMZAH (dua dari kanan) bersama beberapa pemimpin Jaringan Melayu Malaysia memberi keterangan di Balai Polis Sikamat, Seremban semalam. MINGGUAN/MOHD. IZZUL FARHAN AHMAD SURIANSHAH 

Muhamad Zaki mengulas penyebaran khabar angin mengatakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan ditahan polis selepas dipanggil ke Balai Polis Sikamat di sini tengah hari ini.
Polis dikatakan memanggilnya berikutan pembabitan dalam penganjuran program Nothing To Hide Negeri Sembilan 1.0 yang bertajuk Ke Arah Sifar Mesin Judi di Negeri Sembilan di Senawang di sini pada pukul 3 petang hari ini.
Sementara itu, Muhamad Zaki menjelaskan, Azwandin dipanggil memberi keterangan kerana mendakwa program itu akan turut melibatkan Ketua Polis Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Azwandin hadir ke Balai Polis Sikamat di sini kira-kira pukul 1 petang dengan diiringi beberapa ahli JMM.
Beliau kemudian selesai memberi keterangan pada pukul 4.30 petang.
Sementara itu, Azwanddin menyatakan, program Nothing To Hide Negeri Sembilan 1.0 tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.
Katanya, program yang dianjurkan oleh JMM itu menjadi medan perbincangan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan polis dalam menangani isu judi di negeri ini.
Menurut beliau, program pertama kali diadakan itu merupakan inisiatif pihaknya bagi menyahut agenda Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan membanteras judi daripada terus berleluasa di ne­geri ini.
“Atas dasar ini, JMM turut menjemput Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd. Yusof untuk bersama-sama menjayakan program ini.
“Bagaimanapun, saya telah diarahkan datang ke balai polis untuk memberi kenyataan berhubung program yang dijadualkan diadakan pada petang ini,” katanya.
Beliau juga menyatakan, JMM telah menghantar jemputan kepada Ketua Polis negeri pada 2 Ogos lalu dan tidak mendapat sebarang jawapan daripada beliau.
“Yang mengejutkan, pada 9 Ogos anggota polis datang ke pejabat kami dan merampas telefon bimbit peribadi milik Bendahari JMM, Khalijah Mohamed untuk membantu siasatan.
“JMM hanya mendapat surat jawapan daripada Ketua Polis negeri pada 10 Ogos lalu dan hari ini, saya diarahkan memberi kenyataan sekali gus menyebabkan program tersebut tertangguh selama lebih empat jam,” katanya.
Menurut Azwanddin, polis sepatutnya memberi galakan dan semangat kepada NGO untuk membantu dalam membanteras aktiviti judi dan bukannya menyekat tanpa alasan kukuh.

Monday 8 August 2016

TINDAKAN POLIS TERHADAP PROGRAM NOTHING TO HIDE ISU SIFAR MESIN JUDI SLOT DI NEGERI SEMBILAN SANGAT MEMBINGUNGKAN

                                                                                             KENYATAAN MEDIA
                                                                                          TARIKH : 8 OGOS 2016

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) NEGERI SEMBILAN akan menjalankan satu program yang bertajuk NOTHING TO HIDE 1.0 NS bersama Ketua Polis Negeri Sembilan mengenai sasaran sifar premis mesin judi slot di Negeri Sembilan. Program yang akan diadakan pada 13hb Ogos 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Paroi, Cattleya, Senawang adalah bertujuan untuk :
a) Merapatkan hubungan diantara pihak NGO serta pihak polis didalam isu mesin judi slot di Negeri Sembilan.
b) Selain dari itu, program ini juga boleh memberi pendidikan kepada pihak NGO bagaimana untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan isu mesin judi ini.
c) Ia juga merupakan satu ruang untuk berbincang secara professional diantara kesemua pihak.
d) Malahan jika dilihat, ini juga merupakan platform dimana NGO boleh memainkan peranannya untuk membantu pihak berkuasa didalam menyelesaikan isu mesin judi ini.
e) Program ini juga memberi ruang untuk perbincangan dua hala antara pihak polis bersama NGO di dalam mencari titik persamaan dan formula untuk menyelesaikan isu ini.
Program yang cuba dibawakan ini juga adalah untuk membantu Menteri Besar Negeri Sembilan di dalam kenyataan beliau di media iaitu untuk menghapuskan mesin judi slot di Negeri Sembilan, ini merupakan satu perjuangan yang boleh disokong oleh JMM mahupun semua pihak termasuk pihak Polis.
Malangnya pada hari ini, pihak Polis dengan pantas sekali telah hadir ke pejabat JMM dan menyoal siasat saya selaku Presiden JMM, Timbalan Presiden JMM, Omar Saleh dan Timbalan Ketua Pengarah JMM Negeri Sembilan merangkap Ketua Perbendaharaan JMM , Khalijah Mohamed diatas program yang berniat baik ini. Perkara ini sangat membingungkan saya serta JMM kerana sebelum ini berpuluh laporan Polis telah dibuat di serata negeri oleh JMM berkenaan premis mesin judi slot serta pemilik tauke mesin judi slot , malangnya tidak ada satu tindakan pun dilakukan oleh pihak Polis terhadap laporan tersebut dan sebaliknya untuk program NOTHING TO HIDE 1.0 NEGERI SEMBILAN pihak Polis telah bersunguh-sunguh menyiasat serta merampas telefon bimbit milik Khalijah Mohamed. Ini juga adalah perkara yang sekali lagi membingungkan JMM kerana ianya amat berbeza sama sekali dengan tindakan laporan Polis tentang isu mesin judi slot oleh pihak JMM sebelum ini.Sudah pastinya program ini dijalankan begitu membangun untuk masyarakat serta dapat meneruskan agenda bagi membantu pihak Polis khususnya di Negeri Sembilan bagi memerangi isu mesin judi slot.
Kami percaya dengan program ini, kita pasti akan mendapat solusi dan sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat. JMM akan tetap meneruskan program ini atas dasar ingin membantu Ketua Polis Negeri Sembilan walaupun pihak kami telah disiasat dan didatangi oleh pihak polis dan pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung dengan program ini. Bagi pihak JMM ini adalah satu program terbaik untuk pihak polis bekerjasama dengan pihak NGO, Ketua masyarakat, PIBG, komuniti kawasan sekitar serta orang ramai. Sebagai rakyat Malaysia kami akan bersama dengan Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Negeri yang lain untuk membantu mereka menangani isu mesin judi slot ini.
JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN
Yang benar,
AZWANDDIN BIN HAMZAH
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia

Wednesday 3 August 2016

NOTHING TO HIDE PROGRAM BERSAMA SEMUA KETUA POLIS NEGERI ( ISU MESIN JUDI SLOT )


Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) akan bermula di Negeri Sembilan pada 13hb Ogos 2016 ini bagi program Nothing To Hide peringkat Negeri Sembilan bagi program ke arah Sifar Mesin Judi. Selepas ini pula akan menyusul ke negeri Perak dan seterusnya. Ini membabitkan seluruh Ketua Polis Negeri dan Nothing To Hide Bersama Ketua Polis Negeri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia di Majlis MOU Antara Pt Pelabuhan Indonesia II dan Pt Amanah Nusantara International

Presiden Jaringan Melayu Malaysia ( JMM) Azwanddin Hamzah di Jakarta ,bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed di Majlis MOU Antara Pt Pelabuhan Indonesia II dan Pt Amanah Nusantara International di Ritz Carlton Jakarta pada 1 hb Ogos 2016 jam 10 pagi




Friday 24 June 2016

Judi: JMM dapat kerjasama pihak berkuasa integriti

KUALA LUMPUR 23 Jun – Usaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang secara konsisten memerangi kegiatan serta kewujudan premis judi di negara ini mendapat perhatian pihak berkuasa integriti di bawah Jabatan Perdana Menteri yang meluahkan hasrat untuk memberi kerjasama membanteras kegiatan itu.Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pertubuhan itu menerusi Jawatankuasa Bertindak Memerangi Mesin Judi Slot melihat bahawa kerjasama dengan pihak berkuasa integriti itu mampu meningkatkan pemantauan terhadap agensi penguat kuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab menguruskan isu premis judi.
Azwanddin Hamzah

Katanya, mesyuarat khas pertama antara JMM dengan pihak tersebut akan berlangsung pagi esok di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya."Apa yang akan kami bincangkan sudah tentu memfokus kepada isu mesin judi. Apa peranan yang boleh dimainkan oleh jawatankuasa bertindak dan pihak berkuasa integriti sendiri untuk mengatasi masalah ini.“Ini merupakan satu pendekatan yang sangat penting dalam usaha kami memerangi mesin judi. Kami nampak kerjasama ini sebagai satu langkah serius oleh pihak berkenaan untuk memastikan kumpulan bertanggungjawab memainkan peranan mereka dengan sepatutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Semalam, Azwanddin mendakwa bahawa jumlah pusat judi di sesetengah kawasan di negara ini terus meningkat di sebalik pelbagai usaha dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengekang kegiatan berkenaan.Beliau juga memberitahu bahawa hampir semua negeri mencatatkan pertambahan daripada aspek kewujudan premis judi terutama di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.