Azwanddin Hamzah
Presidennya, Azwanddin Ham­zah meminta Muhyiddin menyatakan tarikh, tempat dan masa program itu dianjurkan bagi membolehkan JMM turut sama menyertainya.
Katanya, program ini merupakan platform terbaik untuk Muhyiddin memberi pencerahan tentang Akuan Bersumpah (SD) melibatkan perceraian antara Stanley Clement Agustin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee.
“Lebih penting SD tersebut ada menyebut nama Muhyiddin sendiri dan pihak JMM telah beberapa kali bertemu beliau di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan telah menjemput beliau dalam program penjelasan yang dijalankan oleh JMM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sekitar Jun lalu, penulis blog, Raja Petra Kamaruddin me­nyiarkan dokumen SD seorang lelaki mendakwa wujud hubu­ngan sulit antara isterinya de­ngan Muhyiddin.
Kata lelaki dalam SD yang dikenali sebagai Stanley itu, isterinya Nika mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.
Dokumen berke­naan yang disiarkan Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Tambah Azwanddin, JMM juga ingin mengetahui apakah langkah atau tindakan seterus­nya yang akan dilakukan Muh­yiddin tentang isi kandungan SD yang dibuat oleh Stanley ini kerana perkara ini amat pen­ting untuk membersih namanya sendiri.
Azwanddin turut memper­soal­kan tindakan Muhyiddin yang masih lagi berdiam diri dan tidak mempertahankan maruah dirinya berhubung isu terbabit.
“JMM ingin bertanya me­ngapakah Muhyiddin tidak men­failkan saman terhadap Stanley jika terdapat unsur fitnah terhadap beliau dalam kandungan SD yang dibuat oleh Stanley.
“Mungkinkah juga Stanley pula akan dipujuk oleh pihak Muhyiddin melalui orang ketiga untuk Stanley menarik balik kesemua SD yang telah dibuat berkaitan isu perceraian ini,” soal beliau.
Jelas Azwanddin, apabila perkara ini telah diketahui umum, masyarakat juga ingin tahu apakah Muhyiddin masih lagi menghubungi Nika dengan secara langsung ataupun melalui pihak ketiga di dalam perkara ini.