KENYATAAN MEDIA PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA
![]() |
Presiden JMM,Azwanddin Hamzah sedang ditemuduga oleh TV ALJAZEERA pada 28hb Mei 2014 |
Kami
dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat hairan mengapakah Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengeluarkan kenyataan semalam
mengatakan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Kementerian Kesihatan di dalam isu kandungan porcine (babi) di dalam coklat
Cadbury, Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan
Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Mengapakah
Dato’ Subramaniam tidak menyuruh JMM menyaman Syarikat Confectionery Malaysia
Sdn Bhd (Cadbury) selaku kilang yang mengeluarkan coklat tersebut. Bukanlah JAKIM
atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury ini,
dan bukanlah juga JAKIM dan Kementerian Kesihatan yang membuat keuntungan dari
penjualan coklat ini.
Bagaimanakah
Subramaniam boleh tampil ke hadapan untuk mempertahankan syarikat Cadbury ini
dan bukannya Kementerian Kesihatan.Perkara ini amat ganjil apabila seorang Menteri
boleh menjemput orang ramai untuk menyaman Kementerian Kesihatan iaitu
Kementerian beliau sendiri, sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury.
Datuk
Seri S Subramaniam perlu memperjelaskan dimana kepentingan sebenar beliau dalam
isu ini. Sedangkan Subramaniam yang sepatutnya melihat kepada kepentingan
rakyat dan bukannya kepada Syarikat Cadbury.
Dalam
masa yang sama Dato’ Subramaniam berkata kemungkinan berlakunya pencemaran.
Jika pencemaran boleh berlaku bermakna juga coklat Cadbury ini adalah amat berbahaya
kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan mungkin juga mengandungi racun.
Sebarang
kemungkinan yang tidak diingini akan juga boleh berlaku. Jika pencemaran ini
boleh dijadikan alasan, bagaimanakah ianya boleh mendapat status Halal?JMM
melihat kemungkinan Dato’ Subramaniam juga tidak memahami asas pemakanan Halal.
JMM
juga menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat
pemantauan tentang proses siasatan ini dan mengumpulkan maklumat dari orang
Islam. Bagi pihak JMM, kami akan terus menyaman Syarikat Cadbury dan akan
mengumpulkan masyarakat Islam yang telah ditipu oleh Syarikat Cadbury.
Masyarakat Islam boleh menghubungi JMM di talian 03-4288 3365 dan juga boleh terus menghantar EMAIL bantahan beserta nama,alamat penuh dan juga nombor telefon kepada jaringanmelayumsia@gmail.com.
SEKIAN
JUJUR
AMANAH SATU PERJUANGAN
Yang
Benar
Azwanddin
Hamzah
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
No comments:
Post a Comment