Saturday 5 September 2015

SIARAN AKHBAR LAPORAN POLIS DI IPD DANG WANGI-JARINGAN MELAYU MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh : 4hb September 2015

ALVIN TAN DITAJA OLEH PIHAK ANTI ISLAM DAN KERAJAAN
 

Alvin Tan telah membuat posting di dalam facebook yang merupakan provokasi berbunyi
” Tak banyak orang tahu aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yang maha penyayang Allah s,wt,dibelakang peha aku ...ameen”
Tindakan Alvin Tan bukanlah kali pertama, sudah berpuluh kali membuat provokasi terhadap agama Islam dan Melayu dan telah banyak menimbulkan keresahan kepada umat Islam dalam negara.Ianya juga telah menimbulkan ketegangan yang mengancam perpaduan masyarakat dalam negara.
Alvin Tan sebelum ini :
1) Mempersenda ketika bulan Ramadhan dengan berbuka puasa bersama hidangan daging khinzir.
2)Laungan Azan ketika bermain piano, sengaja memerli waktu azan bagi umat Islam.
3) Membuat blog sex bersama bekas teman wanitanya Vivian Lee dan mempromosi amalan sex bebas di Malaysia, perbuatan ini dikritik oleh remaja di Singapura.
4) Mengutuk pemakaian Islam terutamanya kaum wanita dengan bertudung dan menutup aurat
5) Menghina Sultan Selangor ketika mempertikaikan penarikan balik Darjah Kebesaran Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim.
6) Menghasut supaya Sabah dan Pulau Pinang keluar dari Malaysia
7) Mengeluarkan buku bertajuk Sex, Pork, and Persecution bertujuan provokasi agama Islam dan masih di pasaran Malaysia
8) Ancaman Seks kepada Dato’ Nurul Hidayah Zahid

Selain dari pihak JMM membuat laporan Polis sebelum ini, berpuluh laporan Polis juga telah dibuat dibuat oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain di seluruh tanahair, perkara yang sama iaitu membuat provokasi di facebook.  JARINGAN MELAYU MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN ( JMM WP) meminta Ketua Polis Negara jangan berdiam diri untuk menyiasat serta menjejak Alvin Tan. Tindakan kali ini adalah merupakan rentetan menghina orang Islam dan Melayu, dan juga bersekongkol dengan kumpulan anti Malaysia yang ingin menjatuhkan kerajaan.
Seolah kemungkinan Alvin Tan dibayar untuk berbuat demikian, apatah lagi dilihat tidak serik mencabar pihak berkuasa yang gagal menangkap beliau.
Beliau harus dilabelkan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh pihak Polis Malaysia dan merupakan penjenayah bagi penghinaan Islam bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh umat Islam di dunia.

Sekian,Terima Kasih
Yang Benar

FAIZAN MOHD NOR
Ketua Pengarah
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN
012-6163859

No comments:

Post a Comment