Wednesday 14 May 2014

Perbaiki sistem sedia ada, banteras penyelewengan diesel-UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pihak berkuasa digesa meningkatkan kualiti sistem sedia ada bagi mengekang penyelewengan diesel subsidi yang semakin berleluasa di negara ini.
Presiden Persatuan Perdagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, kerajaan harus bijak dalam menangani isu yang sekian lama menjadi punca kepada kerugian negara tersebut.
Azwanddin Hamzah


“Kita minta pihak kerajaan supaya bertindak bijak, kaji semula setiap badan yang terlibat supaya tiada kejadian penyelewengan oleh orang dalam.
“Hampir setiap tahun kita dengar masalah yang sama. Sudah tiba masa untuk kita me­ngenal pasti dan menghukum individu terlibat yang telah membawa kerugian kepada negara dan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mahu tindakan lebih keras diambil pihak berkuasa dalam mengatasi masalah penyelewengan diesel terutama pembabitan orang dalam sehingga menyebabkan negara kerugian lebih RM1 bi­lion setahun.

Menurut Moehamad Izat, kualiti sistem penguatkuasaan di negara ini harus dipertingkatkan selain cadangan mewujudkan organisasi baharu mencegah masalah tersebut.
“Cadangan mewujudkan sistem atau badan baharu untuk mencegah penyelewengan ini antara satu langkah yang boleh diterima. Namun, lebih elok jika kita (kerajaan) kaji dan perbaiki semula unit sedia yang menguruskan hal sedemikian.
“Kita tidak mahu setiap kali wujud masalah, badan baharu akan diperkenalkan. Lama kelamaan, Malaysia akan dipenuhi dengan organisasi baharu yang belum tentu dapat menjalankan kerja mengikut keperluan masing-masing," katanya.

No comments:

Post a Comment