Wednesday, 4 June 2014

NGO Gesa Siasatan Dilakukan Terhadap JAKIM Dan KKM



Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JJM), Azwanddin Hamzah berkata dua jabatan sepatutnya perlu bekerjasama sebelum mendedahkan kepada rakyat berikutan dua jabatan tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.
"Mereka perlu memperjelaskan isu pencemaran (DNA babi) kerana dua jabatan tersebut perlu berkerjasama dalam setiap semua kementerian untuk mengkaji dan mendedahkan kepada rakyat bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku.
"Rakyat perlu tahu sekiranya benar ada pencemaran. Ia penting kerana saya yakin umat Islam di negara kita sehingga sekarang sudah hilang kepercayaan terhadap JAKIM dan KKM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.
 
Turut bersama JMM ke balai polis ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dan Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor(GEGAS).
Turut hadir, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang menggesa supaya KKM dan Jakim bekerjasama dalam memberi penjelasan yang telus berkaitan isu ini sebelum mengeluarkan fatwa yang sahih.
``Kita minta perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan minta para pengguna bersabar dalam isu ini,'' katanya.

3 comments:

  1. Saya amat berharap JJM dan lain lain badan NGO Melayu/Islam.,dapat bergerak dengan lebih aktif menjaga kepentingan umat islam di Malaysia ini..Terutama dalam hal membabitkan Isu Halal ini..Saman dan kalau boleh saman sampai muflis syarikat syarikat yg menipu umat islam di negara ini dalam kes Isu Halal ini..Langkah menyaman Syarikat Cadbury adalah wajar dan saya sokong 100%.,Tindakan saman juga perlu di ambil terhadap syarikat syarikat tempatan yg menipu umat islam dlm isu halal ini.Yang terbaru isu Mee Hoon Cap Masjid yg mengunakan logo Halal yg tidak di iktiraf Jakim...Harap jangan lepas pandang...Saman sampai muflis Syarikat ini.
    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Perkara dah lama berlaku . Kenapa pihak kerajaan dan KPDNKK serta Majlis Agama Islam , JAKIM dan sebagainya tidak memantau dan memberitahu barangan2 keperluan makanan harian kering dan basah dinegara kita .

    Apa susah sangat kah nak labelkan barangan makanan . subhanALLAH...

    ReplyDelete
  3. Thank You and that i have a tremendous provide: How Long Renovate House home renovation youtube

    ReplyDelete