|
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Warisan |
|
Selepas Ikrar Melayu Bersatu |
|
Ucapan Pertama Dari Mohamad Afizi |
|
Ariffin Abu Bakar |
|
Gelombang Kedua |
|
Azwanddin Hamzah |
14hb Ogos , Melayu
Bersatu adalah merupakan satu gerakan kebangkitan Pertubuhan Bukan Kerajaan
Melayu dan Islam di seluruh Negara. Dengan slogan Melayu Bersatu Demi Islam,
penubuhan Melayu Bersatu ini adalah berpaksikan untuk memperkasakan Islam dan
Bangsa Melayu khasnya. Ia merupakan satu gerakan “bangkit” untuk mempertahankan
ancaman yang melanda umat Islam dan Melayu sejak akhir-akhir ini.
Gerakan ini
dilahirkan di atas kesedaran terhadap
penghinaan serta provokasi yang berniat jahat seperti penghinaan kepada agama Islam, Institusi
Raja-Raja Melayu serta ketuanan Melayu. Perbuatan tidak menghormati Islam dan tidak
menghormati sensiviti orang Melayu oleh sesetengah pihak adalah bertujuan untuk
memecahbelahkan perpaduan orang Melayu amat dikesali dan sekaligus mencabar
kesabaran orang Melayu di Malaysia.
Marilah
kita, umat Melayu beragama Islam, sama-sama BERSATU sebelum terlewat untuk
kembali BERSATU DEMI ISLAM dan menentang petualang yang mempersenda serta
mempermainkan Islam,Melayu dan Raja-Raja.
No comments:
Post a Comment