Saturday 9 August 2014

Indeks kreativiti perlu dikaji-MINGGUAN MALAYSIA

Azwanddin Hamzah
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pelaksanaan Indeks Kreativiti dikhuatiri akan mewujudkan 'unit fotokopi ekspres' yang memberi projek kepada mereka yang tidak layak, kata Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.
Beliau berkata, pihaknya menyokong dasar pelaksanaan cadangan indeks itu yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar namun merasakan kaedah tersebut akan mendiskriminasikan usaha pihak yang telah mencipta idea-idea bernas untuk kepentingan pihak lain.
"Kita sokong dasar mengenai perlaksanaan indeks tersebut kerana kita sedar bahawa program itu boleh menjana hasil ciptaan daripada pihak swasta untuk diguna pakai bagi menjimatkan kos projek kerajaan.
"Tetapi apa yang kami khuatir adalah akan berlaku situasi di mana pihak lain yang mencipta dan berhempas pulas bekerja keras tetapi orang lain pula yang diberi projek. Ramai ahli peniaga yang telah jadi mangsa 'projek hijacking' dan menjadi mangsa salin kulit atau akibat fotokopi ekspres ini," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah beliau, perkara ini perlu dipandang serius kerana melibatkan integriti kakitangan kerajaan untuk menjaga harta intelek yang telah dikeluarkan oleh pengusaha untuk membantu menyelesaikan sesuatu masalah.
"Rakyat beranggapan agensi yang diberi tanggung jawab untuk terima cadangan dan ciptaan mereka telah mengkhianati mereka apabila kertas kerja cadangan projek mereka ditukar kulit, justeru kita meminta agar jaminan kepada rakyat supaya tidak akan berlaku sebarang tindakan 'menciplak' dalam projek inisiatif persendirian kerajaan.
"Jika benar pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) enggan melaksanakan sistem untuk mendaftar cadangan-cadangan yang diterima oleh pihak swasta, bagaimana rakyat mahu memberi kepercayaan kepada EPU dalam Index Kreativiti," katanya.

No comments:

Post a Comment