Tarikh :
12hb November 2014
KENYATAAN MEDIA
Pihak
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) terpanggil untuk membuat pendedahan ini setelah
membuat kajian dan risikan yang membabitkan sebuah Syarikat Insurans. Pada
awalnya pihak kami amat terkejut tetapi mula mempercayainya berdasarkan dokumen
serta risalah yang ada pada pihak kami.
Berdasarkan
kepada semua bukti yang ada, pihak JMM mendapati bahawa AmBank Malaysia
Holdings Bhd (AMMB) yang bernaung di bawah kumpulan Ambank Berhad telah
memeterai perjanjian bersama Metlife International Holdings Incorpotae (
MetLife) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 19hb Disember 2013 lepas, dan di dalam Kenyataan Akhbar mereka,
Pengerusi AMMB, Tan Sri Azman Hashim mengumumkan kerjasama yang erat dan
berpanjangan untuk Metlife yang membabitkan AmLife dan AmFamily Takaful Berhad
di dalam kumpulan Ambank .
Untuk
pengetahuan, MetLife ini adalah merupakan sebuah syarikat insuran yang dengan
sengaja mempromosi budaya Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender ( LGBT) di dalam Buletin Berita AmLife keluaran bulan
Mei tahun 2014. Buletin yang merupakan Buletin utama Kumpulan Ambank ini telah
mendedahkan pada mukasurat terakhir Buletin tersebut bahawa Metlife pernah
menerima Anugerah “Best Places to Work for LGBT 2013” melalui Human Rights Campaign 2013.
Metlife telah
memeterai untuk kerjasama melalui Takaful dan Insuran Hayat Moden yang jelas
Metlife yang selama ini yang mempromosikan LGBT,memperdayakan umat Islam di
Negara ini secara halus. Ia adalah bertentangan dengan konsep Takaful yang
berteraskan Islam..
Ini
merupakan agenda besar yang berniat jahat mengaburi penglihatan perbankan
khasnya Perbankan Islam di Negara ini.
Pihak JMM meminta
pihak kerajaan mempertimbangkan semula untuk menolak terus skim takaful yang
ada pada perjanjian kerjasama mereka iaitu diantara Kumpulan Ambank bersama
MetLife.
Jaringan
Melayu Malaysia kini juga menyeru umat Islam di Negara ini supaya mengkaji
semula dan menolak sebarang urusniaga yang berkaitan dengan jenama Ambank
ini.
“Jujur &
Amanah Satu Perjuangan”
Yang Benar,
Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia
ngok punya NGO. Benda ni pun nak dijadikan isu ke.kononnya nak memperjuangkan anasir kuasa asing et cetera et cetera et cetera. tetapi korang ni lah sebenarnya yg memperjuangkan anasir asing yg penuh dengan kebencian dan hasad dengki. aku doakan kau Azwanddin Hamzah dan seangkatannya nanti bila ada anak cucu akan tidak ada yg LGBT. kalau tak kesian mereka nanti kena direjam korang sampai mati.syukur lah kamu tidak tergolong dlm LGBT. memang betul lah kata KJ, 'Clearly stupidity has no boundaries'. kalau dah bodoh tu, memang bodoh tak ke mana.nak bertekak sampai kiamat pun tak selesai kalau otak korang dah tepu dgn kebencian dan hasad dengki.
ReplyDeletesetuju dengan pendapat saudara. diorang ni drpd mengembek ke hulu hilir, baik pi Liberia dan Sierra Leone perangi wabak ebola. ni kecoh2 pasal benda yg bodoh.
DeleteHaha..memang kebodohan tahap tertinggi...selama ini tak juga tgk ambank ambik semua pekerja yang kategori 'transgender' pun kt mana2 cawangan..jadi camne bolih cakap ambank sokong LGBT....olih sbb tu minta kjaan tarik balik lesen ambank...stupid fools do u know how many thousands of malays will be out of a job...jmm bolih cari kerja untuk beribu2 pekerja yang hilang pekerjaan ke...bodoh bodoh bodoh!
DeleteSaya rasa yg marah-marah cakap ngo bodoh lah, kebodohan tahap tertinggi lah semua ni mesti kalangan LGBT, kalau tak takkan marah sangat bila benda macam ni terjadi. Cubalah berubah ikut ajaran Islam dari ikut nafsu syaitan tu.
ReplyDelete