Sunday, 27 September 2015

JMM ISYTIHAR PERANGI PUSAT JUDI DI SEBALIK PREMIS HIBURAN-KOSMO



AMPANG, 24 September – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) mengisytiharkan ‘perang’ke atas pusat judi di ibu kota yang berselindung di sebalik operasi pusat hiburan keluarga bagi memastikan premis terbabit tidak lagi beroperasi secara berleluasa.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya akan mengadakan serbuan walaupun  tiada kuasa berbuat demikian ke atas pusat judi tanpa penglibatan pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
Azwanddin Hamzah ( duduk , tiga dari kiri ) bersama sebahagian ahli JMM bercakap kepada pemberita selepas menyerbu sebuah pusat judi di pusat beli belah Pandan Kapital,Ampang semalam


Antara mesin judi di lokasi yang diserbu

Katanya , pihak polis dan PBT hanya akan dipanggil setelah serbuan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat sehingga menggagalkan operasi.
"Sebelum ini, JMM telah membuat operasi bersepadu melibatkan polis dan PBT tetai gagal apabila serbuan dilakukan segala bukti mengenai kegiatan perjudian telah dilupuskan.

“Jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang, JMM akan melakukan sebuan terlebih dahulu sebelum memanggil pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan.” katanya pada siding media selepas melakukan serbuan ke atas sebuah premis judi di pusat membeli belah Pandan Kapital di sini semalam.

Mengulas mengenai serbuan itu, Azwanddin memberitahu pihaknya kecewa walaupun sudah empat kali membuat laporan kepada polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) namun tiada tindakan diambil bagi menutup pusat perjudian tersebut.

Katanya, premis judi yang berselindung di sebalik operasi pusat hiburan keluarga itu pula hanya terletak kira-kira 100 meter daripada bangunan MPAJ dan Balai Polis Pandan Indah.

“Ketika serbuan, kami mendapati pusat judi ini beroperasi di sebalik pintu rahsia khas di dalam pusat hiburan keluarga bagi mengaburi mata pihak berluasa.’ ujarnya

Sehubungan itu , Azwanddin meminta supaya kerajaan menilai semula peraturan sedia ada bagi membuka pusat hiburan keluarga ekoran banyak berlaku penyalahgunaan lesen.

1 comment:

  1. Permasalahn sosial dinegara ini semakin melebar selian dari penagihan dadah dan perniagaan dadah serta rumah mewah mau pun atpartment tempat memproses dadah permis permis kedai juga tidak ketinggalan berselindung disebalik peyewa kedai dengan membuka kedai game perjudian. modus operandi aktiviti ini bergantung pada penyewa kedai yang meyewa permis pemilik dengan kadar sewaan yang murah penyewa akan melindungi aktiviti pemilik kedi yang disewa oleh peyewa bagi mendapat hasil haram ironisnya pengunjug yang datang menjadi pelagan perjudian itu 75% adalah bangsa melayu sehingga ujudnya maslahllah sosial yang tinggi dikalagan bangsa melayu!!!!

    ReplyDelete