KUALA LUMPUR 23 Sept. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan 'memburu' Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula selepas usaha mendapatkan tandatangan Ketua Pembangkang itu di rumahnya di Taman Bukit Segambut di sini gagal.
Pengerusinya, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya memberi masa seminggu kepada Anwar untuk menandatangani surat bagi membenarkan Bank Negara mengesahkan enam akaun bank bernilai ratusan juta ringgit yang diserahkan kepada pembantunya hari ini.
![]() |
Azwanddin Hamzah (tengah) menunjukkan surat bagi memerlukan tandatangan Anwar Ibrahim untuk membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun peribadi ketua pembangkang itu di Kuala Lumpur, |
"Hajat kami untuk menyerahkan sendiri surat itu kepada Anwar hari ini gagal kerana beliau tiada di rumah, cuma pembantunya sahaja tampil mewakili Anwar. Kami beri tempoh seminggu kepada Anwar untuk menandatangani surat kebenaran kepada Bank Negara.
"Anwar harus mengambil peluang ini untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dalam isu bankleaks seperti didedahkan 6,000 surat misteri di Permatang Pauh baru-baru ini. Jika tidak, kami akan mendapatkan tandatangan beliau di pejabatnya pula selepas ini,'' katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat berkenaan kepada pembantu Anwar di rumahnya sini hari ini.
Menurutnya, seperti yang diberitahunya sebelum ini, Anwar hanya perlu tandatangan dan beliau sendiri sanggup menjadi 'budak pejabat' untuk menyerahkan surat itu kepada Bank Negara.
Pada Ogos lalu, bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail menerima 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mengaitkan Ketua Pembangkang dan Pengerusi DAP itu dengan kes rasuah membabitkan institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, Anwar dan Karpal menafikan pendedahan kandungan surat berkenaan serta membuat laporan polis agar siasatan segera dibuat pihak berkuasa selain turut menghantar notis tuntutan maaf kepada Mazlan.
Serentak itu juga, JMM mencabar Anwar menandatangani surat bagi membenarkan Bank Negara mendedahkan enam akaun bank yang didedahkan dalam surat misteri tersebut jika benar beliau dan Karpal tidak terlibat dalam kes rasuah seperti didakwa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130924/po_14/JMM-beri-tempoh-seminggu-kepada-Anwar#ixzz2gGVQet8U
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment