Sunday, 29 September 2013

Seludup abu mayat pengkhianat negara


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Cubaan menyeludup masuk abu jasad bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk disemadikan di Sitiawan, Perak adalah kerja gila dan tidak masuk akal.
Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, mereka merupakan pengkhianat negara dan bukan warganegara Malaysia dan langsung tidak diiktiraf di sini.
“Kenapa perlu abunya dibawa masuk ke sini? Saya rasa mereka ini buta sejarah, mereka tidak tahu siapa pejuang, siapa pengkhianat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas usaha pihak- pihak tertentu yang ingin membawa pulang abu mayat Chin Peng ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.
Azwanddin Hamzah

Menurutnya, segelintir pihak sengaja mahu melakukan provokasi kepada kerajaan Malaysia untuk kepentingan politik mereka semata-mata dan kerajaan tidak perlu berkompromi.
Sementara itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Ng Lum Yong menyokong ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng disemadi di negara ini.
“Perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara dalam kalangan rakyat dan tidak berkaitan langsung dengan isu perkauman,’’ katanya.
Jelasnya, kaum Cina sendiri menolak penghantaran abu Chin Peng ke negara ini demi menjaga perasaan bekas tentera, polis dan ahli keluarga pejuang yang terkorban atas kekejaman bekas Setiausaha Agung PKM itu suatu ketika dahulu.
Lum Yong berkata, abu mayat yang dibawa pulang akan menyebabkan perhubungan kaum tidak seimbang dan mewujudkan pelbagai permasalahan pada masa akan datang.
“Mereka ini harus dihalang. Jangan sampai wujudnya ‘hari memperingati Chin Peng’ atau apa-apa sahaja upacara keagamaan yang diuar-uarkan akan berlangsung nanti


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_06/Seludup-abu-mayat-pengkhianat-negara#ixzz2gGWzbgg0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment