![]() |
AZWANDDIN HAMZAH |
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana RBA sepatutnya menghormati emosi setiap keluarga penumpang pesawat MH370 yang sehingga ini jejak mereka sedang diusahakan oleh pihak berkuasa.
"Kita minta mereka (RBA) agar tidak membuat sebarang spekulasi atau cerita yang tidak bertanggung jawab tentang kehilangan pesawat tersebut.
"Mereka perlu menjadi orang yang bertanggungjawab. Janganlah mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi melulu tentang perkara seperti ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi.
Serentak dengan itu, timbul pelbagai ulasan negatif yang menyalahkan kerajaan dan mengguris hati keluarga mangsa melalui akaun laman-laman sosial yang tidak diketahui identitinya dipercayai milik RBA.
Selain itu, terdapat pelbagai maklumat palsu tersebar melalui laman media sosial yang akhirnya mengelirukan rakyat dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama.
Azwanddin berkata, semua usaha sedang diusahakan dengan penuh serius oleh pihak berkuasa untuk memastikan penumpang pesawat MH370 dapat ditemui.
"Paling terbaik ialah mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak bertanggungjawab," jelasnya.
No comments:
Post a Comment