KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa menerima 
banyak aduan daripada orang ramai mengenai salah guna kuasa yang berlaku
 dalam pentadbiran Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd. (Hotel Seri 
Malaysia).
Presiden, Azwanddin Hamzah mendakwa, JMM memandang serius aduan 
tersebut dan meminta Pemangku Pengarah Urusan Hotel Seri Malaysia, 
Zamakhshari Abdul Awal tampil memberi penjelasan.
“Difahamkan dalam laporan dan dokumen yang diserahkan kepada JMM, 
Zamakhshari perlu membuat penjelasan seperti kos pembayaran video 
korporat promosi yang telah pun dibayar.
“Namun sehingga kini, video tersebut masih tidak dikeluarkan walaupun
 telah dipertontonkan kerana tidak mendapat kelulusan daripada 
franchaise,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Azwanddin turut mendakwa, pemberian tender dan sebut harga Hotel Seri
 Malaysia diberikan kepada syarikat yang tidak dinyatakan pendaftaran di
 Kementerian Kewangan.
Dakwanya, pentabdiran Hotel Seri Malaysia turut memilih syarikat yang
 menawarkan harga yang jauh lebih tinggi daripada syarikat yang memasuki
 tender.
Dakwanya lagi, JMM difahamkan peruntukan dana untuk promosi dan 
pengiklanan untuk hotel tersebut digunakan sewenangnya tanpa kelulusan 
`franchaisee’ terlebih dahulu.
Justeru, katanya, JMM akan mengemukakan semua bukti kepada 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pentadbiran Hotel 
Seri Malaysia gagal memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
One week to response upon the publication of this article is sufficient for the seri malaysia, delay of such explaination is subject to fabrication
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete