KUALA LUMPUR 8 April - Portal propembangkang, Malaysiakini yang dalam
banyak perkara membuat laporan tidak bersandarkan fakta sebaliknya
gemar bermain sentimen bagi memburuk-burukkan imej kerajaan disifatkan
tidak ubah seperti Red Bean Army (RBA).
Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak, Hamdan Mohd. Salleh
berkata, Malaysiakini dan RBA dilihat sebagai entiti yang berkongsi
agenda dan fokus sama sebagai ejen penyebar propaganda menerusi bantuan
dana pihak tertentu.Katanya, JMM pernah membangkitkan mengenai isu dana asing diterima
Malaysiakini tetapi sehingga kini portal berkenaan masih menutup mulut."Anggota RBA pula didakwa dibiayai oleh banyak syarikat bagi
membodohkan orang awam dengan pelbagai provokasi memburuk-burukkan
kerajaan.
"Malaysiakini dan RBA mempunyai hubungan yang akrab untuk menjatuhkan
kerajaan. Dana yang mereka peroleh amat besar dan mereka menafikan
serta bersikap berdiam diri ketika pendedahan dibuat," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Hamdan, Malaysiakini semakin menjadi barah kepada kerajaan
dan dilihat sebagai satu ancaman dengan memberi impak negatif terhadap
pembaca khususnya di negara ini.
Katanya, bentuk ancaman halus itu adalah liabiliti kepada kerajaan
tetapi tiada tindakan diambil termasuk melibatkan isu portal
propembangkang berkenaan memperoleh dana asing dalam menyebarkan agenda
mereka.
"Kerajaan harus bertindak awal jika ingin membendung ancaman halus
yang telah menular dan menjadi racun kepada pemikiran rakyat," katanya.

No comments:
Post a Comment