![]() |
Datuk Nik Khairul Annuar |
"Operasi mengesan dan menyelamat sedang diusahakan pihak berwajib tetapi RBA langsung tidak menghormati perasaan dan tidak peka terhadap keprihatinan rakyat mengenai kehilangan pesawat berkenaan. "Janganlah membuat spekulasi yang melulu, kita perlu menjadi orang yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. RBA dikesan mengambil kesempatan mempolitikkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu di laman media sosial dengan menyalahkan serta memperlekeh usaha mencari dan menyelamat oleh kerajaan selain menyebarkan dakwaan dan imaginasi mereka berhubung kejadian itu. Polis baru-baru ini turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar maklumat palsu di laman sosial mengenai kehilangan pesawat MH370 termasuk yang menyinggung perasaan keluarga penumpang. Nik Khairul berkata, semua pihak khususnya RBA perlu memahami usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh pelbagai agensi bagi memastikan penumpang serta anak kapal MH370 dapat ditemui. "Kita lihat semua usaha ini dilakukan dengan penuh serius. Apa yang terbaik bagi kita ialah mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak bertanggungjawab. "Ini merupakan usaha di peringkat antarabangsa dan pihak berwajib negara telah melakukan yang terbaik. Usahlah kita terus memburukkan usaha murni ini," tambahnya.
No comments:
Post a Comment