Wednesday 26 August 2015

MESYUARAT KETUA PENGARAH DAN PENGARAH KEBANGSAAN JMM

MELAKA- Mesyuarat Ketua Pengarah dan Pengarah Kebangsaan Kepimpinan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah diadakan pada 15hb Ogos 2015 lalu yang bertempat di Pejabat Jaringan Melayu Malaysia Negeri Melaka, Taman Bertam Impian.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden JMM, Azwanddin Hamzah telah berakhir pada jam 1.20 pagi yang dihadiri oleh semua pemimpin JMM Negeri. Sebelum itu, Azwanddin Hamzah telah merasmikan Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min JMM peringkat negeri Melaka di Kip Mart, Bachang.
Antara perbincangan pada malam itu adalah berkisarkan kepada penyatuan bangsa Melayu serta perancangan JMM di masa hadapan.Selepas mesyuarat, Ketua Pengarah JMM Melaka, Hamzah Abd Wahab bersama Presiden telah menyampaikan cenderamata kepada semua Ketua Pengarah Negeri.
Semoga JMM terus membawa slogan JUJUR DAN AMANAH SEBAGAI SATU PERJUANGAN kepada semua Pengarah serta ahli JMM seluruh negara.

KP Pulau Pinang , Zambri bersama Presiden
KP Selangor, Baharim turut menerima cenderahati.

Suasana ketika mesyuarat berlangsung

Khusyuk mendengar taklimat Presiden

KP Wilayah Persekutuan, Faizan bersama Azwanddin Hamzah ( dua dari kiri )


No comments:

Post a Comment