Friday 16 October 2015

JMM NEGERI SEMBILAN ANJUR SPRINT TEST DAN DRAG RACE SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

 Jaringan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan JMM N9 MotorSports Challenge 2015 bertempat di Taman Pinggiran Senawang, Seremban. Ia diadakan pada 10 Okt 2015 dan 11 Okt 2015 sempena Hari Sukan Negara.

Acara ini mendapat sambutan yang hangat dari kalangan peminat sukan DRAG RACE dan SPRINT TEST. Acara yang dipertandingkan adalah terbahagi kepada beberapa kategori popular bagi motorsikal serta kategori kereta.
Seramai 5000 telah hadir di dalam acara yang berlangsung selam dua hari itu. Selain daripada itu juga, penyanyi utama kumpulan WINGS,
Awie turut hadir bersama di dalam kempen jualan tiket kepada KONSERT 30 TAHUN WINGS yang akan diadakan pada 31hb Oktober 2015 bertempat di Stadium Merdeka. Menurut Awie, beliau rasa amat bertuah kerana JMM telah menjadikan beliau sebagai ikon kepada sukan permotoran pada hari tersebut.
Manakala Presiden JMM, Azwanddin Hamzah pula menggesa pihak Berkuasa Tempatan agar dapat mewujudakn satu tempat bagi peminat sukan ini menjalankan kegiatan mereka.
Acara ini mendapat perhatian dari segenap masyarakat di sekitar Seremban. Peserta acara ini datang dari seluruh negara termasuk daripada Terengganu dan Kelantan. 
























No comments:

Post a Comment