Monday 12 May 2014

Hapuskan Seleweng Diesel Subsidi-Azwanddin Hamzah

Kuala Lumpur, 12hb Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta be­ker­jasama dan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan pihak berkuasa dapat bertindak membanteras aktiviti penyelewengan diesel subsidi yang berleluasa.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pihak berkuasa perlu be­kerja keras mengatasi masalah itu terutama pembabitan daripada orang dalam sehingga menyebabkan negara kerugian lebih RM1 bilion setahun.
“Kita meminta KPDNKK agar bekerja keras dan lebih bijak supaya dapat menghalang sindiket
salah guna subsidi dengan 'mengeksport' 3.5 bilion liter subsidi ke luar negara setiap tahun.“Diesel subsidi se­pa­tutnya dimanfa­atkan oleh golongan sasar bukannya sindiket. Kita berasa hairan jika terdapat orang dalam yang terlibat dengan sindiket penyeludupan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin berhubung kegagalan pihak berkuasa mencari formula bagi menangani penyelewengan dan penyalahgunaan diesel bersubsidi yang berlaku secara berleluasa di seluruh negara.Berdasarkan satu maklumat yang diterima, daripada sejumlah 8.5 bi­lion liter diesel subsidi yang diguna pakai oleh kenderaan komersial, 3.5 bilion liter telah disalahgunakan aki­bat aktiviti penyeludupan dan kegiatan mengaut untung keterlaluan termasuk melalui cara gelap.Statistik itu menunjukkan hanya 5 bilion liter digunakan secara betul atau dimanfaatkan. Malah lebih mem­bingungkan bagaimana ini bo­­leh berlaku dan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.2 bilion akibat sindiket penyeludupan petrol dan diesel subsidi.Azwanddin berkata, SPRM juga perlu melakukan siasatan dan menghantar anggota untuk pemantauan sepanjang masa di seluruh negara agar menimbulkan rasa gerun kepada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan.“SPRM perlu pantau dan proaktif mengenai kegiatan ini dan saya jamin jika SPRM bekerja keras melalui risikan dan siasatan yang konsisten sudah pasti kita dapat membanteras serta mendakwa sindiket yang ada," katanya.
Utusan Malaysia,12 Mei 2014

No comments:

Post a Comment