Saturday 10 May 2014

ROMBAK STRUKTUR ORGANISASI SKMM-Presiden JMM


UTUSAN MALAYSIA,SABTU 10hb Mei 2014


Kuala Lumpur,9 Mei, Jaringan Melayu Malaysia ( JMM) mendesak perubahan drastik dilakukan terhadap struktur organisasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa badan itu gagal menjalankan peranan dengan baik dalam menangani isu fitnah terhadap negara dan pemimpin kerajaan.
Azwanddin Hamzah
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, kegagalan SKMM itu berpunca daripada tiga faktor utama iaitu pengumpulan maklumat yang lemah dan tidak tepat,tidak mempunyai kumpulan penyiasat yang baik dan tidak mempunyai pengalaman di dalam pendakwaan.
"Kita melihat perkara ini sebagai satu bukti kegagalan SKMM dan meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melakukan perubahan terhadap struktur pegawai serta organisasi secara total agar SKMM dapat bertindak lebih proaktif.
"Menteri juga perlu menjadikan tiga faktor tersebut sebagai keutamaan untuk meletakkan pemimpin baharu di SKMM kerana sudah jemu mendengar kata-kata seperti fail sedang disiasat dan dibuka tetapi tidak pernah ada pengumpulan maklumat yang baik mahupun pendakwaan serta siasatan profesional dijalankan bagi memperlihatkan badan tersebut wujud di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azwanddin berkata , SKMM juga seolah olah tidak mempunyai peranan dalam menangani isu fitnah terhadap negara dan pemimpin kerajaan sehingga dilihat sudah hilang ‘taring’ dan  bagaikan tidak wujud di negara ini. 
Katanya,badan tersebut gagal menangani masalah dan provokasi fitnah,malah perkara itu juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
"Walaupun laporan demi laporan telah dikemukakan pelbagai pihak termasuk JMM berhubung laporan kepincangan serta pernah mengemukakan bukti kepada pihak SKMM,namun kita tidak pernah mendapat jawapan positif.
"Kita hanya menerima satu jawapan yang dinamakan 'fail sedang dibuka' atau 'sedang disiasat' walaupun sudah hampir tiga tahun," jelasnya

No comments:

Post a Comment