Monday, 16 June 2014

SAHABAT JMM MELAKA BINCANG ISU MESIN JUDI HARAM

Pertemuan Presiden Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ), Azwanddin Hamzah bersama Sahabat JMM Melaka telah diadakan pada Sabtu, 14hb Jun 2014 yang telah berlangsung di Bertam Impian, Melaka. Road Show Presiden JMM ini adalah merupakan siri ke 4 sejak bermula di Selangor,Wilayah Persekutuan dan Perak.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah (tengah) sedang menerima cenderahati dari Ketua Pengarah JMM Melaka,Hamzah Abd Wahab (kanan) sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden JMM, Omar Saleh (kiri)
Antara pertemuan bersama Tuan Presiden pada petang itu adalah antara lain, Sahabat JMM Melaka telah mengutarakan isu berkaitan dengan masalah sosial anak bangsa Melayu serta tentang mesin judi haram yang telah semakin berleluasa.Ini adalah satu fenomena yang merosakkan bangsa Melayu sendiri di mana hampir 90 peratus ke tempat tersebut adalah merupakan orang Melayu.
Dalam majlis yang sama, Presiden telah menyampaikan Watikah Perlantikan kepada Ketua Pengarah Negeri Melaka, Hamzah Abd Wahab serta kepada Pengarah-Pengarah Negeri Melaka yang lain. Sahabat JMM Melaka juga menerima kad Eksklusif MY PLUS JMM bagi kemudahan Touch N Go.
Dalam majlis itu,Presiden JMM,Azwanddin Hamzah memberi penekanan tentang maksud jujur dan amanah yang mana merupakan amalan JMM sejak ianya ditubuhkan.

No comments:

Post a Comment