Wednesday 2 July 2014

JMM sedia bantu PDRM banteras mesin judi haram

KUALA LUMPUR 2 Julai - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersedia menggerakkan ahlinya bagi membantu pihak polis membendung kegiatan mesin judi haram yang berleluasa di negara ini.
Timbalan Presidennya, Omar Saleh berkata, ia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat, data serta bukti untuk bertindak memandangkan kaedah penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan.
OMAR Salleh (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Polis Negara, ASP Fadzil Ismail di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
"Dalam hal ini, kita tidak boleh berdiam diri. Kita akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mendesak agar mengambil tindakan segera tanpa menyembunyikan sesiapa di sebalik kegiatan ini.

"Kita melihat terdapat pertambahan yang mendadak premis-premis ini sekaligus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam malah dikhuatiri menjadi masalah kepada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas menghantar satu memorandum kepada Khalid di sini hari ini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia dalam laporannya mendedahkan tentang kegiatan judi haram yang semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan setiap satu premis mempunyai tidak kurang 30 mesin.
Omar berkata, semua pihak termasuk agensi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media perlu melancarkan perang terhadap aktiviti judi haram.
"Semua pihak digesa memainkan peranan penting dan tegas. Ini kerana usaha membanteras gejala mesin slot atau mesin judi haram adalah mustahil untuk diselesaikan tanpa melibatkan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat," ujarnya.

4 comments:

  1. Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan undang-undang iaitu menyita harta pihak penganjur(tauke) kedai-kedai mesin judi. Atau mungkin mewujudkan undang-undang yg lebih keras bagi membanteras kegiatan mesin judi yg merosakkan masyarakat melayu.

    ReplyDelete
  2. Selagi tidak ada undang- undang atau akta yang lebih keras, maka selagi itu mereka tidak akan berhenti. Selain itu juga, ia akan menjadi beban kepada pihak berkuasa mendakwanya dimahkamah kerana denda atau hukuman yang diterima oleh tauke- tauke cukup kecil dan mereka akan membuka premis- premisnya semula. Ini tidak adil kepada pihak berkuasa kerana terpaksa mengulangi operasi ditempat yang sama berulang kali serta tangkapan yang sama.
    Saya percaya, isu perjudian akan mendapat perhatian diparlimen jika ada pihak yang membangkitkan isu ini. Bahkan ianya wajar dibangkitkan kerana kegiatan mesin judi merosakkan kehidupan masyarakat melayu, serta menyumbang kepada wujudnya kegiatan kongsi gelap/gansterisme.

    ReplyDelete
  3. Semua parlimen dalam wilayah persekutuan ada mesin slot perjudian.

    Xkan lah pengutkuasa x nampak .

    Yerlah nak tutup sian lak anggota kerajaan yang nak main mesin slot.

    polis,tentera,dbkl sama jer semua . buat2 xnampak....

    berhampiran balai pun buat2 xnampak .

    ReplyDelete
  4. sudah lama sangat mesin perjudian berada dikawasan wilayah persekutuan.ceruk mana yang xde dalam KL ni.
    nak tergelak pun ada , hahhahaaaa....
    apa yg pihak berkuasa mampu lakukan,rasa xboleh buat apa2 kot.sembang jer lebih..bagai berdentum guruh dilangit....
    apa OKU ke pihak berkuasa ni...sedih sangat anak2 melayu jahanam disebabkan melayu sendiri.terima kasih pemimpin melayu yang cerdik ini.
    yang paling best tu mana balai polis dalam kawasan KL xde kedai mesin perjudian berdekatan...pelik lah...hairan bin ajaib.....hahahaaaa nak seribu daya , xnak seribu dalih . setakat nama melayu tapi bukan islam.

    ReplyDelete