Friday 11 July 2014

Usah main 'wayang' kaburi masyarakat-Presiden JMM

Kuala Lumpur,10 Julai - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak pihak berkuasa supaya berhenti daripada 'bermain wayang' dengan niat mengaburi mata masyarakat berhubung aktiviti perjudian di seluruh negara.Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, serbuan yang dilakukan pihak berkuasa sekadar lakonan bagi menunjukkan mereka bekerja keras menghapuskan kegiatan mesin judi haram di kawasan masing-masing.
 
 "Serbuan yang dilakukan sekadar mahu mengaburi mata masyarakat seolah-olah mereka 'membuatkerja' sedangkan di satu lokasi di ibu negara, pusat mesin perjudian masih beroperasi dan terletakkira-kira 300 meter dari balai polis.

"Lebih membimbangkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis saling menuding jari daripada berusaha mencari titik noktah berhubung aktiviti haram tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tentang aktiviti perjudian di seluruh negara sehingga mendapat reaksi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta semua pihak bertindak kerana kegiatan tersebut kini pada tahap luar biasa.
Azwanddin berkata, timbul keraguan mengenai kredibiliti pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah itu kerana mereka seolah-olah takut mengambil tindakan terhadap 'tauke' pusat mesin judi tersebut.
"JMM menuntut supaya pihak berkuasa melakukan pemantauan berkala dan sistematik bagi memastikan aktiviti mesin perjudian haram dapat dikawal dan dihapuskan.
Presiden JMM,Azwanddin Hamzah
"Selain itu, kami mendesak supaya pemantauan terhadap pegawai dan anggota yang terlibat dalam pemantauan serta serbuan bagi mengelakkan sebarang salah laku dan penyelewengan dalam kalangan mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment