Monday 14 July 2014

Presiden JMM terima ugutan bunuh - Sinar Harian 13 Julai 2014

Azwanddin (tiga, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya 



















AMPANG – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa menerima ugutan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) rentetan usaha NGO itu membanteras kegiatan mesin judi haram di seluruh negara, dengan menyalurkan maklumat kepada
pihak berkuasa. Beliau berkata, SMS itu dipercayai daripada individu yang berkemungkinan ada kaitan dengan kongsi gelap.
“SMS itu diterima kira-kira jam 1.16 pagi tadi (semalam) dan nombor berkenaan didapati didaftarkan di luar negara,” katanya.
Azwanddin berkata, SMS berbaur ugutan itu adalah satu ancaman yang sangat merbahaya untuk diri dan keluarganya dalam usaha mendedahkan kegiatan mesin judi haram ini.
“Walau bagaimanapun, ia tidak akan melemahkan semangat JMM, malah beri kekuatan kepada kami untuk membongkar dan mendedahkan premis judi haram yang ada di seluruh negara, termasuk pendedahan yang akan dibuat kelak mengenai sebuah premis judi haram yang
jaraknya kira-kira 300 meter dari sebuah balai polis di ibu kota.
“Kita dalam usaha mengumpul data dan gambar premis judi haram di seluruh negara untuk diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri pada Rabu atau Khamis ini, bagi tindakan lanjut,” katanya.
Azwanddin berkata, pihaknya yakin terdapat kongsi gelap yang cuba ‘melindungi’ kegiatan aktiviti mesin judi haram.

No comments:

Post a Comment