Sunday 21 September 2014

JMM pertikai kewibawaan JPJ,Swastakan sahaja JPJ!!!

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mempertikaikan kewibawaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana masih gagal menyelesaikan polemik penggunaan cermin gelap kenderaan serta bertindak tegas terhadap spesifikasi plat kenderaan yang standard.
Setiausaha Agung JMM, Hamdan Mohd. Salleh berkata, cermin gelap telah menjadi isu yang berulang setiap tahun walaupun pelbagai pihak menyifatkan akta untuk cermin gelap sebagai akta yang kuno.
"Penggunaan cermin gelap merupakan satu perkara mandatori kerana boleh melindungi keselamatan seseorang terutamanya wanita di dalam kes pecah kereta dan ragut. Dengan adanya cermin gelap ini, seseorang individu terselamat daripada unsur jenayah dan kes pembunuhan.
"JPJ kini jelas seperti tidak mempunyai pendirian terhadap isu cermin gelap dan umpama lembu dicucuk hidung seolah-olah dipengaruhi oleh seseorang dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Menurut Hamdan, masalah penggunaan plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi juga berleluasa dan kelemahan penguatkuasaan itu telah digunakan oleh pencuri kenderaan mewah bagi melakukan jenayah serta menyeludup kenderaan mewah
"Kini terdapat ratusan ribu kenderaan yang menggunakan plat kenderaan mereka dengan pelbagai corak serta saiz dan warna tanpa mengira spesifikasi. Gejala ini tidak harus dibiarkan kerana dari segi keselamatan, pencuri kenderaan boleh menggunakan taktik ini untuk menukar plat kenderaan yang mereka curi," katanya.
Katanya, sudah sampai masanya JPJ memberi ketentuan kepada plat kenderaan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan plat kenderaan tidak lagi boleh didapati sewenang-wenangnya di kedai aksesori kereta.

No comments:

Post a Comment