Monday 20 October 2014

AMANAT PRESIDEN JMM DI PERAK





 Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah telah berkunjung ke negeri Perak untuk membuat pertemuan bersama Pengarah JMM Negeri Perak. Pertemuan yang dinamakan Pertemuan 21 itu telah diadakan di Rumah Rehat Tapah, Perak pada 17hb Oktober 2014.
Turut sama mengiringi Presiden ialah Timbalan Presiden JMM, Omar Saleh dan Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd Salleh.
Di dalam majlis tersebut Presiden JMM telah menyampaikan watikah kepada Pengarah yang baru dilantik iaitu Lt Kol (B) Abdul Rani Bin Abdul Rahim serta Tajul Arif Bin Abdul Hamid.
Perancangan telah dibuat untuk JMM Perak yang bakal diadakan pada Bulan Mac 2015.


No comments:

Post a Comment