KUALA LUMPUR 21 Okt. – Presiden Majlis Peguam, Christopher
Leong didesak untuk tampil memberikan penjelasan berhubung peruntukan yang
diperoleh dalam penganjuran perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan
1948 baru-baru ini.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah
berkata, perhimpunan berkenaan sudah tentu melibatkan kos peruntukan yang
tinggi kerana mereka telah membawa masuk peguam dari luar negara.
Christopher Leong |
Katanya, langkah itu diambil untuk membolehkan mereka
terlibat menghadiri perhimpunan tersebut, termasuk beberapa badan peguam
antarabangsa seperti Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Undang-undang Australia
dan ahli Majlis Peguam Jepun.
Dengan keadaan itu, beliau memberitahu, Majlis Peguam layak
diumpamakan sebagai sebuah ‘syarikat’ yang ditaja untuk membuat demonstrasi
bagi menentang kerajaan.
Azwanddin juga turut mempersoalkan mengapa isu-isu berkaitan
undang-undang yang timbul sebelum ini tidak pula diambil peduli oleh majlis
tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa mereka hanya bertindak
kerana adanya pihak yang membuat tajaan.
Bersungguh-sungguh membawa peguam dari negera luar untuk mencampuri urusan negara |
“Selain menjadi alat politik dengan dana tajaan yang
diperoleh, majlis tersebut hanya bertopengkan pengetahuan undang-undang, tetapi
sebenarnya menjadi ‘racun’ pencetus keruntuhan kestabilan politik negara.
“Presidennya perlu menjelaskan siapakah yang menaja semua
peruntukan yang digunakan pada perhimpunan tersebut.
“Tiket penerbangan, kos pengangkutan, hotel penginapan,
makan dan minum, sepanduk dan kain rentang yang mereka gunakan untuk
berdemonstrasi adalah menggunakan kos wang tinggi,’’ katanya dalam kenyataan di
sini hari ini.
Azwanddin juga memberitahu, badan peguam yang turut
dianggotai beberapa Ahli Parlimen pembangkang itu juga perlu menjelaskan
siapakah penyalur dana dari luar negara itu yang turut menaja beberapa
perhimpunan.
Katanya, antara perhimpunan yang dimaksudkan itu termasuklah
perhimpunan Bersih dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Katanya, sehingga hari ini, mereka hanya menutup mulut dan
tidak pernah mengumumkan siapa dalang sebenar di sebalik penganjuran
perhimpunan itu sebagaimana yang pernah dibongkarkan JMM sebelum ini.
“Sebagai sebuah syarikat, tindakan perhimpunan bantahan Akta
Hasutan 1948 baru-baru ini merupakan rangsangan jahat dari pihak luar dan
ternyata mereka mempunyai hubungan dengan kuasa asing di luar negara yang cuba
mengganggu landskap pentadbiran negara dengan menyalurkan bantuan bagi
menggerakkan agenda mereka di negara ini.
“ Christopher Leong harus menjawab siapa sebenarnya di
belakang ‘Syarikat Majlis Peguam’ ini yang menghasut mereka untuk berbuat
demikian,’’ kata Azwanddin.
KUALA
LUMPUR 21 Okt. – Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong didesak
untuk tampil memberikan penjelasan berhubung peruntukan yang diperoleh
dalam penganjuran perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948
baru-baru ini.
Katanya, langkah itu diambil untuk membolehkan mereka terlibat menghadiri perhimpunan tersebut, termasuk beberapa badan peguam antarabangsa seperti Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Undang-undang Australia dan ahli Majlis Peguam Jepun.
Dengan keadaan itu, beliau memberitahu, Majlis Peguam layak diumpamakan sebagai sebuah ‘syarikat’ yang ditaja untuk membuat demonstrasi bagi menentang kerajaan.
Azwanddin juga turut mempersoalkan mengapa isu-isu berkaitan undang-undang yang timbul sebelum ini tidak pula diambil peduli oleh majlis tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa mereka hanya bertindak kerana adanya pihak yang membuat tajaan.
“Selain menjadi alat politik dengan dana tajaan yang diperoleh, majlis tersebut hanya bertopengkan pengetahuan undang-undang, tetapi sebenarnya menjadi ‘racun’ pencetus keruntuhan kestabilan politik negara.
“Presidennya perlu menjelaskan siapakah yang menaja semua peruntukan yang digunakan pada perhimpunan tersebut.
“Tiket penerbangan, kos pengangkutan, hotel penginapan, makan dan minum, sepanduk dan kain rentang yang mereka gunakan untuk berdemonstrasi adalah menggunakan kos wang tinggi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azwanddin juga memberitahu, badan peguam yang turut dianggotai beberapa Ahli Parlimen pembangkang itu juga perlu menjelaskan siapakah penyalur dana dari luar negara itu yang turut menaja beberapa perhimpunan.
Katanya, antara perhimpunan yang dimaksudkan itu termasuklah perhimpunan Bersih dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Katanya, sehingga hari ini, mereka hanya menutup mulut dan tidak pernah mengumumkan siapa dalang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan itu sebagaimana yang pernah dibongkarkan JMM sebelum ini.
“Sebagai sebuah syarikat, tindakan perhimpunan bantahan Akta Hasutan 1948 baru-baru ini merupakan rangsangan jahat dari pihak luar dan ternyata mereka mempunyai hubungan dengan kuasa asing di luar negara yang cuba mengganggu landskap pentadbiran negara dengan menyalurkan bantuan bagi menggerakkan agenda mereka di negara ini.
“ Christopher Leong harus menjawab siapa sebenarnya di belakang ‘Syarikat Majlis Peguam’ ini yang menghasut mereka untuk berbuat demikian,’’ kata Azwanddin.

No comments:
Post a Comment