Saturday, 25 October 2014

PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PIHAK POLIS MASIH BERMAIN WAYANG DAN GAGAL MEMERANGI JUDI HARAM

Tidak ada sebarang tindakan drastik pun dilakukan mahupun sudah hampir 4 bulan suara dari pelbagai pihak termasuk pihak media dan masyarakat serta NGO menyuarakan kebimbangan berkaitan mesin kuda dan mesin slot haram ini. Ini juga termasuk penyerahan memorandum sebanyak dua kali, terus kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman oleh Jaringan Melayu Malaysia bersama nama serta bukti bergambar serta lokasi. Sehingga saya menerima ugutan bunuh setelah pendedahan kepada Ketua Polis Negara.
Namun dua agensi ini dilihat masih gagal menangangi masalah judi haram ini seolah-olah mereka iaitu tauke judi haram ini dilindungi oleh mereka, dan tauke judi ini lebih berkuasa dalam Negara kita buktinya kedai mesin kuda ini masih beroperasi seperti biasa.
Hasil pemantauan JMM boleh dikatakan hampir seluruh daerah di pendalaman terutama sekali di kawasan Melayu serta kawasan Felda dalam Negara kita terdapat premis perjudian dan melibatkan lebih ramai orang Melayu menjual tanah mereka untuk tujuan berjudi dan kini dilihat lebih agresif malahan tidak diendahkan pula oleh pihak PBT dan Polis di kawasan tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, bukti kawasan lokasi dan premis juga telah didedahkan di media, namun tidak ada sebarang tindakan susulan dilakukan yang menunjukkan pihak PDRM sendiri telah tahu setelah pendedahan dibuat malah seolah-oleh sengaja tidak mengambil tindakan dari usaha pendedahan yang dilakukan oleh pihak media. Pendedahan JMM sebelum ini tentang jarak premis dan balai polis yang kurang dari 100 ke 300 meter juga dilihat telah mula beroperasi semula.
Pendedahan mesin judi ini seolah-olah melindungi tauke judi berbanding dengan pendedahan NGO dan media kerana pendedahan yang berlaku tidak sekali ada kesan.
Kemungkinan perkara ini melibatkan ketirisan dan unsur rasuh kepada pihak berkuasa.
Sehingga hari ini tidak ada seorang tauke judi haram ini pun didakwa selain dari penjaga premis yang terdiri dari warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah sebagai alat lakonan bagi menunjukkkan data penangkapan.
Isu judi ini melibatkan golongan Melayu sebagai pemainnya sehingga memudaratkan ekonomi keluarga dan kaum belia Melayu.
Pihak PBT dan Polis kini masih bermain wayang dengan menyerbu premis tersebut dan akhirnya mereka memulangkan kembali mesin judi tersebut setelah beberapa jam.
JMM meminta pihak SPRM menjalankan pemantauan yang lebih agresif dan proaktif terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Polis Diraja Malaysia.
Pihak JMM sedang mengumpulkan beberapa maklumat untuk diserahkan kepada pihak SPRM di dalam masa terdekat ini berkaitan ketirisan yang berlaku kepada kedua-dua agensi ini.
SEKIAN

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/polis-pbt-hilang-kawalan-1.16602

No comments:

Post a Comment