KUALA LUMPUR 18 Februari:
Faizan (dua kiri) bersama anggota JMM menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi - Foto The Rakyat Post/Dalia Ismail |
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu pihak
polis menyoal siasat Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Lim Guan Eng dan
sebuah akhbar berbahasa Cina kerana mengeluarkan kenyataan dan
menerbitkan berita berunsur hasutan yang mengajak semua orang Cina
menentang bangsa Melayu
Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan,
Faizan Mohd Noor berkata, Setiausah Agung DAP itu telah mengeluarkan
kenyataan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 6 Febuari lalu, yang
berbaur hasutan, berniat jahat, perkauman dan cuba mengwujudkan keadaan
tidak tenteram antara kaun di negara ini.
Kenyataan Lim Guan Eng jelas boleh
membawa permasalahan antara kaum di negara ini yang semakin hari semakin
runcing disebabkan agenda rasis beliau.
“Beliau terus meniup api perkauman dan
menggalakkan kebencian terhadap sesuatu bangsa yang mana beliau
mempunyai agenda yang besar untuk melaga-lagakan api permusuhan kaum di
negara ini,” ujarnya ketika ditemui media di hadapan Balai Polis Dang
Wangi selepas membuat laporan pada jam 2.30 petang ini.
Kita
mahu penerbit akhbar Cina Press tidak terlepas daripada soal siasat ini
kerana mereka tidak bertanggungjawab menerbitkan sesuatu berita yang
boleh mengugat kenteraman awam,” ujarnya.
Faizan mendakwa kenyataan yang
dikeluarkan oleh Lim Guan Eng yang dipetik daripada akhbar China Press
itu kerana tidak berpuas hati dengan pendirian Datuk Ismail Sabri yang
enggan memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani itu di dalam facebooknya yang meminta pengguna
memboikot peniaga Cina yang menaikkan harga barangan baru-baru ini.
“Lim menyeru semua bangsa Cina untuk
membenci orang Melayu. Beliau perlu faham Datuk Ismail Sabri hanya
memberi tahu hanya segelintir peniaga Cina sahaja, bukan merujuk kepada
semua bangsa Cina.
“Sebaliknya Lim pula membuat kenyataan
supaya orang Cina tidak kira sama ada dari DAP, MCA atau PKR wajib
membenci orang Melayu. Ini benar-benar berbaur perkauman,” dakwanya.
Justeru JMM mendesak Lim memohon maaf
secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar China Press dalam dwi
Bahasa untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada orang
Melayu.
No comments:
Post a Comment