Faizan Mohd Nor |
Menurut Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor, Mohamed Azmin juga dilihat tidak mengutamakan kepentingan masyarakat bumiputera seperti yang dijanjikannya sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Besar menerusi tindakannya itu.
“Mengapa pula dalam projek Kidex, beliau mengambil kira pandangan segelintir penduduk sedangkan bantahan yang telah dibuat lebih dua tahun oleh penduduk terhadap projek Datum Jelatek boleh diketepikan begitu sahaja?
“Saya juga terkilan dengan sikap Mohamed Azmin kerana kontraktor yang telah dilantik untuk menjayakan projek Kidex majoritinya adalah kontraktor tempatan. Begitu juga projek Datum Jelatek, penduduk yang membuat bantahan adalah golongan bumiputera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semalam membatalkan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Dalam pada itu, Presiden Epanco Malaysia, Ariffin Abu Bakar berkata, alasan pembatalan projek Kidex oleh kerajaan PKR Selangor dilihat tidak relevan seumpama mempunyai agenda tertentu.
“Kerajaan negeri langsung tidak mengambil kira manfaat jangka panjang di sebalik pembinaan Kidex untuk mengurangkan kesesakan ekoran pertambahan trafik dan pembangunan kawasan di Selangor.
“Keputusan yang dibuat atas alasan kesesakan, gangguan bunyi serta nilai hartanah di kawasan terlibat juga sedikit meragukan seolah-olah berdasarkan kepada kepentingan tertentu,” katanya.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad pula meminta Mohamed Azmin meletakkan jawatan kerana gagal mempamerkan sikap sebagai seorang pemimpin yang adil dan prihatin menerusi tindakan berbeza dalam kedua-dua projek tersebut.
“Kenapa Mohamed Azmin boleh bersikap lembut dengan desakan penduduk dalam isu Kidex yang rata-ratanya bukan penduduk bumiputera tetapi bertegas pula dengan kami yang hanya mahu mempertahankan hak yang telah dijanjikan kepada kami sebelum ini?” katanya.
No comments:
Post a Comment