Noramalina Mohamad |
“Adakah beliau (Kooi Ong) terlibat menggunakan portal tersebut sebagai medium menjatuhkan pemimpin kerajaan terutama pemimpin UMNO?. Kali ini Dr. Mahathir cuba diperalatkan oleh portal-portal itu bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu,Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd. Salleh berkata, pihaknya sayangkan Dr. Mahathir dan tidak sanggup melihat bekas Perdana Menteri itu dijadikan alat permainan politik portal-portal tersebut.Baru-baru ini, beberapa portal dan blog melaporkan mengenai cadangan melantik Dr. Mahathir sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.Portal propembangkang, The Malaysian Insider di bawah syarikat media, Kumpulan The Edge yang dimiliki Datuk Tong Kooi Ong merupakan salah satu daripada portal tersebut.“Kita meminta Kooi Ong untuk tampil ke hadapan menjelaskan apa sebenarnya agenda politik beliau dan Anwar. Apakah beliau terlibat dalam usaha untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Anwar?,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
No comments:
Post a Comment