Wednesday, 1 April 2015

JMM puji usaha polis Kedah benteras mesin judi-UTUSAN MALAYSIA

SELASA 31 MAC 2015 UTUSAN MALAYSIA


Alor Setar 30 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) memuji tindakan polis Kedah yang bertindak proaktif dalam membenteras kegiatan mesin judi di negara ini.
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, berdasarkan pengamatan JMM selama hampir dua bulan di negeri ini terutamanya di daerah Sungai Petani dan Kulim mendapati, kegiatan mesin judi berjaya dibenteras polis.







“Kejayaan yang ditunjukkan oleh polis negeri ini menyebabkan JMM datang ke sini untuk memberi penghargaan di atas usaha tersebut. Kedah merupakan negeri pertama yang mendapat sijil ini.
“Sudah tiba masanya, buat masa ini ada wakil daripada masyarakat untuk hadir mengucapkan terima kasih kepada polis kerana berjaya melaksanakan tugas tersebut.” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya bagi menyerahkan sijil tahniah di atas kejayaan membersihkan kegiatan mesin judi.
Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, sebelum ini, JMM telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan berhubung isu mesin judi di negeri berkenaan.
“Pada 4 April ini, JMM akan ke Johor pula berhubung perkara sama” katanya.
Sementara itu, beliau meminta kerajaan memperkembangkan kuasa polis pada masa hadapan bagi membolehkan tauke mesin judi dapat ditangkap dan sekali gus melumpuhkan kegiatan haram tersebut.


“Contohnya, usaha untuk menangkap tauke mesin judi ini sukar kerana mereka pandai lari, dapat dana mereka simpan di luar negara, jadi kuasa polis itu perlu diperkembangkan.” katanya.

No comments:

Post a Comment