KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir, memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.
Sehubungan itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu tampil menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang dilihat di luar kemampuan sebenar.
“Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera,” katanya dalam sidang media pada Selasa.
Katanya, pendedahan yang dibuat hari ini hanyalah melibatkan harga kereta yang dimiliki Mohkzani tidak termasuk termasuk rumah dan aset lain.
“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz,” katanya.
Katanya, Dr Mahathir lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan anak sendiri tidak diperlaku sedemikian.
“Sebelum ini beliau pernah berkata, saya (Dr Mahathir) tidak ada duit tapi apakah kekayaan anaknya ini menunjukkan keluarganya tidak berduit?.
“Dr Mahathir sentiasa menuduh dan bercakap keburukan orang lain tetapi beliau sendiri mempunyai masalah tersendiri. Lupa nak tegur keluarga sendiri,” katanya.
Pada masa sama , Azwanddin mencabar Mokhzani dan Dr Mahathir untuk menyaman beliau sekiranya pendedahan yang dibuat tidak benar.
“Jika pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas,” katanya.
Katanya, JMM meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak polis untuk menyiasat hasil kekayaan luar biasa dalam tempoh yang singkat anak bekas Perdana Menteri itu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagi aku JMM ni bangkrap modal. Apa yg kamu buat hanya menambah kebencian orang Melayu terhadap Najib dan penjilatnya.
ReplyDeleteNasihat aku, leave the politics behind and concentrate on your Malays wellbeing fight.
Azwanddin, buat apa Tun M nak melayan kamu. Chegu Bard pun x dilayan, kamu lagilah..
A waste of rakyat time..
Bagi aku JMM ni bangkrap modal. Apa yg kamu buat hanya menambah kebencian orang Melayu terhadap Najib dan penjilatnya.