Azwanddin Hamzah |
“PBT merupakan antara pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga, bagaimanapun mereka seolah-olah tidak menghiraukan suara masyarakat dan tidak serius menanganinya.
“Mereka seharusnya melakukan pemantauan selepas mengeluarkan lesen tersebut bukannya membiarkannya begitu sahaja kerana majoriti daripada pemilik premis yang terlibat berselindung di sebalik lesen tersebut.
“Mustahil mereka tidak mengetahui langsung berkenaan premis-premis yang menjalankan kegiatan judi haram . Kita mahu perkara ini dipandang serius ini berhenti main wayang dan segera mengambil tindakan bagi mengelakkan masyarakat terlebih dahulu bertindak kerana khuatir akan menimbulkan ketegangan,” katanya yang dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mingguan Malaysia melaporkan pusat mesin judi yang pernah diserbu sebelum ini di beberapa kawasan seperti sekitar ibu negara, Selangor dan Perak didapati sudah kembali beroperasi sepenuhnya.
Dalam pada itu, Azwanddin turut mencadangkan supaya sau perbincangan khas diadakan antara masyarakat, PBT dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang kegiatan ini daripada terus berleluasa.
“Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini amat penting bagi membolehkan tindakan ke atas tauke-tauke judi haram ini ditahan dan setiap premis ditutup sepenuhnya,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment