Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, semua pihak perlu menjadikan agama sebagai prinsip asas tanpa perlu bertelagah serta tidak terpengaruh dengan hasutan pelbagai pihak yang cuba memburukkan serta menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azwanddin Hamzah |
“Pada masa ini banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili
kaum Melayu. Tetapi kita (orang Melayu) perlu berbincang dan bersama
serta mengenepikan ideologi politik yang berbeza bagi memastikan kita
dapat terus bersatu menjaga kepentingan bangsa.”
“Orang Melayu perlu sedar kemungkinan wujud agenda untuk memecahbelahkan bangsa melalui pelbagai cara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Najib merangkap Presiden UMNO menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya kerana desakan segelintir pihak.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, beliau akan terus menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh tiga juta ahli UMNO di Negara ini.
Dalam pada itu, Persiden Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, semua pihak perlu menunggu keputusan rasmi termasuk segala bukti terhadap dakwaan membabitkan kepemimpinan Najib.
“Rakyat perlu beri peluang kepada beliau (Najib) untuk membuktikan kemampuan menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri.

No comments:
Post a Comment