Tuesday, 29 December 2015

PERTEMUAN YDP MPAJ DAN PRESIDEN JMM MENGENAI PREMIS MESIN JUDI DI AMPANG/PANDAN

Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya,( MPAJ ), Abd Hamid Hussain bertempat di Tingkat 17, Menara MPAJ pada 24hb November 2015. Rombomgan JMM diketuai oleh Presiden, Azwanddin Hamzah, Timbalan Presiden, Omar Saleh, Naib Presiden II, Mohd Faizall Yunus, Ketua Penerangan, Tumiran Kasdi, Ketua Pertiwi, Khalijah Mohamed, Ketua Setiausaha, Hamdan Mohd Salleh, Timbalan Ketua Pengarah JMM Selangor, Abdul Rahman Taib, Ketua Pengarah JMM Wilayah Faizan Mohd Nor serta Pengarah Kebangsaan, Mohd Faizal Mohd Nor. Manakala MPAJ selain YDP diwakili oleh Addy Hissham Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Marlina Mohamad dari Bahagian Perlesenan. 
Ketua Penerangan JMM, dua dari kiri, Tumiran sedang menerangkan sesuatu kepada barisan kepimpinan Pusat JMM

Pada pertemuan hampir dua jam tersebut, Presiden JMM membangkitkan isu premis mesin judi yang terdapat di kawasan pentadbiran MPAJ. Selain daripada lokasi yang terdapat di kawasan MPAJ, terdapat juga beberapa premis yang terletak tidak kurang dari 200 meter sahaja dari Menara MPAJ. Perkara ini dibincangkan dengan serius diantara Azwanddin Hamzah serta YDP. Antara perkara yang dinyatakan ialah kedua pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) saling menuding jari diatas perkara tersebut dan tidak ada jalan penyelesaian dicapai. 
Pertemuan berlangsung di bilik mesyuarat Tingkat 7, Menara MPAJ

Premis Mesin Judi ini menurut YDP telah diberi lesen di bawah hiburan keluarga, namun MPAJ mengakui bahawa terdapat premis yang turut menjalankan kegiatan mesin judi di premis berkenaan. 


Azwanddin Hamzah ( kiri ) dan YDP MPAJ, Abd Hamid Hussain
Baru baru ini, JMM telah menyerbu premis yang terdapat mesin judi yang terletak di atas Pasaraya Pandan Kapital yang melibatkan wartawan serta pihak PDRM serta Penguatkuasa MPAJ.
ONE FOR THE ALBUM, selesai sudah pertemuan dengan pihak MPAJ

Perbincangan tentang kegiatan mesin judi ini diharap mendapat pemantaun konsisten dari pihak MPAJ sendiri apatah lagi terdapat beberapa lagi premis yang wujud dikawasan persekitaran Menara MPAJ.

No comments:

Post a Comment