Tuesday, 29 December 2015

PUSAT MESIN JUDI KEMBALI BEROPERASI- UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kegiatan perjudian haram kembali berleluasa apabila banyak premis judi, sama ada yang baharu atau lama kini beroperasi secara terang-terangan.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, kegiatan itu seolah-olah tidak dipantau oleh pihak berkuasa sehingga ada pemilik premis yang sanggup melabur sebanyak RM500,000 semata-mata untuk mengubahsuai premis perjudian.
“JMM menerima banyak laporan dan aduan membabitkan kegiatan mesin judi di negeri-negeri dan daripada orang ramai yang turut menyalurkan maklumat mengenainya.
“Hal ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Pemilik premis seolah-olah mencabar pihak berkuasa dengan tidak mengendahkan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Azwanddin berkata, JMM juga telah membuat beberapa siri pemantauan di seluruh negara dan mendapati pusat judi itu turut dikunjungi oleh pelajar sekolah dan golongan belia Melayu.Selain itu, jelasnya, terdapat juga premis yang beroperasi bertopengkan lesen hiburan keluarga dengan menyalahgunakan lesen dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan kegiatan mesin judi.

“JMM khuatir jika tidak ada tindakan tegas daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PBT, masyarakat akan bertindak bersendirian dan ini berkemungkinan akan menimbulkan huru-hara seperti yang berlaku di Plaza Low Yat dan Kompleks Kota Raya.
“Sehubungan itu, JMM mencadangkan penubuhan satu agensi khas yang mengeluarkan lesen hiburan keluarga tanpa melibatkan bidang kuasa PDRM dan PBT agar mereka tidak lagi menuding jari antara satu sama lain,” katanya.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah


Penubuhan agensi itu juga jelas beliau, tidak akan menimbulkan tanggapan negatif tentang integriti dalam PDRM dan PBT selain dapat membantu menangani sebarang ketirisan maklumat berhubung perkara tersebut.
Gambar Fail, sewaktu laporan Polis di Kuantan , Pahang

1 comment:

  1. Permisi Gan
    Buran Segera Daftarkan sekarang judi mgmcas88 SBobet,
    ini adalah Agen judi online betting yang terbesar dan terpercaya, aman 100%.
    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :

    -Bonus Depo Bola 10%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Cashback Casino 5%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Depo Tangkas 5%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Buruan Daftar kan sekarang juga dengan 1 rekening anda sudah bisa bermain game yang sanggat seru lho..
    hanya ada di : MGMCASH88
    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 2B1D880C (FULL)
    7BD8E437
    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88
    Buruan Daftarkan sekarang juga Hanya ada di mgmcash88 loh..
    Kami sangat menantikan para member baru dan yang setia

    judi bola online terbesar

    ReplyDelete