Kita nak bantu membersihkan nama Anwar mengenai pendedahan akuan yang dibuat oleh pihak tertentu di media, kata JMM.

Malah sanggup menjadi ‘despatch’ mengantar dokumen ke Bank Negara jika Anwar sanggup menandatangani surat kebenaran bagi membenarkan pemeriksaan dilakukan terhadap akaun peribadinya.
“Kita nak bantu membersihkan nama Datuk Seri (Anwar) mengenai pendedahan akuan yang dibuat oleh pihak tertentu di media,” kata Presiden JMM, Azwadin Hamzah.
Katanya, pihak beliau bersedia untuk membantu dengan apa cara sekalipun.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak kami berbesar hati bagi pihak Datuk Seri untuk mnyelesaikan kemelut yang melanda Anwar,” katanya lagi.
Beliau dan beberapa ahli JMM hadir ke kediaman Anwar di Taman Bukit Segambut pagi tadi dengan harapan mahu mendapatkan tandatangan, namun kecewa kerana Ketua Umum PKR itu tidak muncul keluar pagar utama.
“Beliau tak mahu jumpa saya…saya dah siapkan surat ni untuk beliau untuk hantar terus ke pos laju atau terus kepada Tan Sri Zeti Aziz (Gabenor Bank Negara) untuk menjelaskan tentang kemelut akaun beliau.
“Ada enam senarai nama akaun.
“Nak suruh saya hantar pun tiada masalah sebab saya dah janji untuk jadi despatch beliau,” katanya.
Bekas calon Parlimen Permatang Pauh-Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu mendedahkan bahawa dirinya menerima sebanyak 6,000 surat misteri berkenaan yang menceritakan urus niaga bernilai puluhan juta ringgit antara Anwar dan Karpal.
Kata Azwadin, JMM sudah menyediakan surat rasmi kepada Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk membenarkan maklumat akaun bank itu didedahkan kepada umum yang kini hanya memerlukan tandatangan Anwar.
Sebelum ini, JMM akan ke rumah dan akan hadir disetiap lokasi yang dihadiri Anwar bagi mendapatkan tandatangan beliau dalam usaha mencari kebenaran berhubung maklumat akaun-akaun bank itu.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/23/bankleaks-jmm-mahu-tolong-bersihkan-imej-anwar/
Assalamualaikum. ...saya daripada kesatuan pekerja bank malaysia (NUBE), mohon jasa baik tuan untuk membantu kami dalam isu pemecatan 50 orang pekerja yang majoriti berbangsa melayu oleh CEO yang berasal daripada Singapura.
ReplyDeleteKami juga mempunyai masalah dengan kerajaan Barisan Nasional yg telah memperkotak katikkan undang-undang Malaysia malah telah menghina perlembagaan Malaysia dgn menidakkan hak-hak, majoriti pekerja Melayu khususnya dalam industri perbankan (NUBE).
. Sila hubungi saya di 011 - 12374448 (amy) atau 011-11915798 (siti). Terima kasih.