Sunday, 13 April 2014

Agenda MISC telah tersasar!

KUALA LUMPUR 12 April - Malaysia International Shipping Corporation (MISC) didakwa telah tersasar daripada agenda utama penubuhannya kerana tidak lagi berperanan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, syarikat milik kerajaan (GLC) itu juga tidak membuka peluang kepada golongan tersebut untuk mengisi jawatan tertinggi sebaliknya mengutamakan rakyat asing.

Menurutnya, malah sarikat yang di­terajui Datuk Nasaruddin Md. Idris itu turut memberi tajaan kepada pekerja asing untuk melanjutkan pelajaran yang membabitkan kos tinggi.

“Bumiputera dan Melayu dianaktirikan sedangkan orang luar seperti warga asing dari Filipina, Bangladesh serta India diutamakan malah diberi tajaan melanjutkan pelajaran.
“Jawatan tinggi dalam MISC dikuasai oleh bukan bumiputera sehingga berlaku diskriminasi dalam pentadbiran khususnya ketika kenaikan pangkat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, Akademi Laut Malaysia (Alam) yang juga dibawah ‘jagaan’ MISC turut dimono­poli oleh bukan bumiputera termasuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya serta pensyarah di akademi itu yang diambil dari negara luar.
Menurut Azwanddin, ramai anak Melayu mengeluh seolah-olah mereka dianaktirikan oleh syarikat perkapalan negara sendiri yang sanggup mengambil anak kapal dari negara luar dengan alasan kos buruh yang rendah.
Sedangkan katanya, ramai anak Melayu berkelayakan dan mempu­nyai kelulusan dalam bidang perkapalan boleh mengisi jawatan itu sekali gus mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu.
Jelas beliau, orang Melayu terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk mengikuti kursus di peringkat persijilan sebaliknya pelajar luar negara mendapat tajaan pe­ngajian penuh.
“Untuk pembelajaran selama enam semester di MISC, memerlukan kos sebanyak RM100,000, sepatutnya anak Melayu harus diberikan kuota untuk belajar berbanding dengan pelajar luar negara.
“Mengapakah harus wang itu digunakan bagi membiayai kos belajar untuk orang luar?" soalnya.

2 comments:

  1. Sepatutnya misc perlu lebih peka berkaitan isu ini, walaupun ceo berbangsa melayu tetapi tidak melihat potensi yang ada pada anak tempatan, misc perlu melihat barisan pelapis yg boleh dilatih untuk mengisi jawatan jawatan tertinggi dalam misc pada masa yang akan datang malahan tenaga profesional anak tempatan boleh diekspot kepakaran mereka untuk bekerja dan menimba ilmu dengan syarikat antarabangsa yang lain serta menjadi buruan head hunters, moralnya disini jangan ingat ceo melayu yang diangkat oleh kerajaan untuk menduduki jawatan tertinggi akan melihat ke bawah dari mana mereka berasal dan perlu membayar semula kepercayaan dengan memperkasa tenaga kerja bumiputera.

    ReplyDelete
  2. Mampos koranglah, aku dh jadi ceo, aku nak kaut semua projek utk orang orang yang berkepentingan dengan aku, agenda nasional tu lu orang punya hal, aku dh comfortable kat sini

    ReplyDelete