Sunday 13 April 2014

DANA UNTUK RASUAH

Transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.
Maklumat daripada bekas anggota Suaram.
  • Dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.
  • Wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.
  • Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.
  • Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.
  • Selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi. National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi

1 comment:

  1. Dana asing yang masuk bukan utk merasuah macai macai dalam kerajaan tetapi untuk menteri menteri yang mempunyai portfolio yang berkaitan dengan agenda mereka.

    ReplyDelete