Thursday 10 March 2016

The Malaysian 
Insider tukar 
domain elak sekatan

KUALA LUMPUR 1 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta bertegas terhadap portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang telah menukar alamat laman webnya bagi mengelak sekatan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa itu.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, portal tersebut telah bertukar kepada domain baharu iaitu www.malaysianoutsider.com selepas laman webnya sebelum ini di www.malaysianinsider.com tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai.
Katanya, melalui penukaran domain itu, The Malaysian Insider boleh terus menyiarkan laporan-laporan seperti sebelum ini yang antaranya cuba memburuk-burukkan kerajaan serta mempunyai propaganda tertentu.
“Saya memuji tindakan SKMM yang telah menyekat portal berkenaan, namun mereka telah ubah domain dan orang ramai masih boleh mengakses laporan portal ber-kenaan.
“Sebab itulah kami berharap SKMM tidak berlembut sebaliknya te-rus bertegas dan menyekat apa sahaja cubaan The Malaysian Insider untuk menyampaikan laporan kepada masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
SKMM sebelum ini menyekat laman web The Malaysian Insider berikutan tindakan portal berke-naan yang mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Menurut Azwandin, laman web www.malay-sianoutsider.com masih lagi menggunakan logo The Malaysian Insider yang jelas menunjuk-kan ia adalah portal sama tetapi menggunakan domain berbeza.
“Mereka pasti akan menggunakan apa sahaja cara atau strategi untuk memastikan laporan itu tetap sampai kepada pengguna, justeru SKMM perlu sentiasa memantau.

“Mereka adalah kumpulan yang sentiasa menggunakan propaganda jahat atau melakukan apa sahaja fitnah dan sebagainya, justeru tindakan penguatkuasaan tidak seharusnya berhenti di situ, sekat apa sahaja platform yang digunakan,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment